Thursday, April 16, 2009

Jamaluddin Jarjis terkejut PAS kata bahawa 16 September ini ‘angan-angan Mat Jenin’

Jamaluddin Jarjis terkejut PAS kata bahawa 16 September ini ‘angan-angan Mat Jenin’

Jamaluddin Jarjis [MP Rompin]: Apa pula ini? Hak sayalah. Bagi Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat cakaplah. Kita ini ada hak kita masing-masing sebab saya dalam Rompin, saya ada wakil PAS. Banyak PAS sokong saya. Sebab itu saya nak bercakap pasal pihak dia ini. Kebimbangan pengundi-pengundi saya, PAS Rompin. Itu saya nak bercakap sikit.

PAS bimbang kerana Tuan Yang di-Pertua, PAS ada dua group. Separuh sokong separuh tidak, mengapa? Pihak Adogan, ha ini betul ke saya kata Adogan ini? Adogen ke Adogan? PAS yang diketuai oleh kawan dulu pun Ahli Parlimen ….., nama ini diambil pimpinan Taib Adogan daripada Turki, menyokong kuat agenda PKR.

Puak ini entah macam mana pandaipandai pujuk Ustaz Nik Aziz dia bagi simbol ketua mereka tapi satu lagi puak tulen PAS, satu pihak Adogan tak tulen, ala Turki. Yang pihak yang tulen ini yang diketuai Mustapha (Dato’ Mustafa Ali) tidak bersetuju.

Saya nak tunjuk surat khabar. Ini bukan surat khabar UMNO ini, Harakah. “September 16 gagal”. Mustapha kata, bukan pemimpin UMNO. Saya baca Harakah. Sekarang kita bagi Harakah tak macam dulu. Kita hormati kebebasan berakhbar, kita bagi. Saya baca. Ini bukan Utusan Malaysia ke BERNAMA.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk] Takkan Harakah bohong.Datuk Seri

Jamaluddin Jarjis [MP Rompin]: Ha, bukan Harakah bohong. Kalau dia UMNO dia bohonglah tapi dia tak bohong.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: [Bangun]

Jamaluddin Jarjis [MP Rompin]: Duduklah dulu, duduk dululah. Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha ini tak bersetuju. Puak ini disokong dan simbolnya Presiden PAS. Sehingga PAS kata bahawa 16 September ini ‘angan-angan Mat Jenin’. Ini bukan kenyataan pemimpin UMNO.

Jamaluddin Jarjis [MP Rompin]: Astaghfirullahlahal azim! Hendak saya bacakan hadiskah supaya ikut… Nanti saya habiskan dulu.

Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha Ali tidak bersetuju. Ini buat statement 16, yang tidak bersetuju sehingga beliau kata, Datuk Haji Hadi ke …ketua PAS kata, “Ini angan-angan Mat Jenin”. Kerana apa? PAS tidak boleh menerima PKR dalam Pakatan kerana perbezaan pendapat isu negara Islam dan sekular ini antara ‘ayah’ ini… Apa ini, bukan Jelutong… Gelugur. Bukit Gelugur berentap ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Jamaluddin Jarjis [MP Rompin]: Dia ini, Shah Alam tidak tahulah. Ini bukan kumpulan tulen ini, kumpulan adogan ini. Walhal Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia sekalian, ini bukan saya kata, ini Yang Berhormat Marang mengulangi mengatakan bahawa. Ini Hadi mengatakan … Nanti salah sebut marah dia pula. Yang Berhormat Marang kata dia tidak pernah mengiktiraf Permatang Pauh sebagai calon Perdana Menteri, betul atau tidak?
Betul! Ini PAS, surat khabar Harakah. Takkanlah bohong! Dia mungkin bohong tentang UMNO tetapi takkan bohong tentang PAS. Yang itu yang saya hendak jawab tadi. [Memandangkan ke arah Yang Berhormat Rembau]

(Sumber: Dewan Rakyat - 23 Oktober 2008)

No comments:

Post a Comment