Monday, April 13, 2009

Jamaluddin Jarjis membela nasib orang miskin

3.47 ptg.
Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Sedikit sahaja saya mengambil kesempatan Tuan Pengerusi tentang B.42. Saya nampak pembelaan dari segi kesihatan itu umumnya kita kena beri tumpuan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Di sini tradisinya Tuan pengerusi pendapatan rendah ini ialah yang di luar bandar. Namun demikian Tuan Pengerusi, ada juga fenomena baru yang berpendapatan rendah itu juga tinggal di bandar. So saya nampak bahawa kita beri tumpuan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Sama ada tradisinya mereka tinggal di luar bandar. Pada masa yang sama melihat juga mereka yang di bandar, di pinggir-pinggir bandar itu pertama. Tumpuan sama kita kena beri kerana dalam mereka yang berpendapatan rendah saya menyatakan bahawa dalam demografi di negara kita sekarang hampir lima juta pada mereka di Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Kalau RM1,500 di luar bandar memanglah satu pendapatan yang tinggi.

Namun demikian, kalau RM1,500 ke bawah tinggal di bandar di mana ada anak, isteri yang tidak bekerja, anak tiga, empat orang. Satunya kos sara hidup Tuan Pengerusi, satu bayaran rumah dia, bayaran dari segi sewa atau beli lepas itu pengangkutan dia. Juga yang penting ialah kesihatan. Untuk itu saya nampak bahawa juga untuk mengurangkan kos ini supaya ia boleh satu beban yang mampu kerana pendapatan mereka rendah. Saya hendak tanya Kementerian, adakah mereka menggunakan teknologi-teknologi baru? Ini kerana kadang-kadang tidak mungkin kita ada pakar seluruh tempat.

Sama ada di seluruh kawasan yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar atau di pinggir bandar tidak mampu kita ada pakar-pakar yang seperti Yang Berhormat Telok Intan katakan tadi. Bahawa tiap-tiap rakyat Malaysia memerlukan kualiti kesihatan pada satu kadar yang patut kita mampu sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak boleh bandingkan dengan negaranegara yang kurang maju kerana Malaysia akan jadi negara maju tidak lama lagi.

Pada pokoknya sumber kaedah baru seperti teknologi, pakar-pakarnya hanya berada di hospital-hospital yang tertentu. Kita dengar cerita di mana di Amerika, untuk mengurangkan kosnya mereka menggunakan pakar-pakar yang berada di India. Contohnya, mungkin katakanlah hendak buat satu treatment jantung atau keadaan badan yang lain, mereka menggunakan pakar-pakar daripada India kerana kosnya lebih rendah tetapi dari segi kemampuan teknikalnya tinggi. Adakah kerajaan memikirkan menggunakan teknologi baru melalui remote treatment ini di antara bandar. Misalnya kita ada satu pakar yang besar, yang tinggi dan ramai di university hospital sama ada di Universiti Malaya atau Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi mereka yang tinggal di Bangi mungkin dekat tetapi yang jauh mungkin di Seremban atau di bandar-bandar kecil Kampung Pandan ataupun di bandar kecil di Seremban atau di Johor Bahru, tidak mungkin dapat datang untuk mendapatkan pakar ini.
Saya hendak bertanya sedikit dari segi belanja operasinya, adakah dirancang untuk tahun ini atau akan datang untuk menggunakan kaedah-kaedah baru ini, treatment pakar di satu tempat tetapi yang lain juga ada akses kepada kepakaran yang ada. Ini kerana amat penting kita menggunakan teknologi baru ini untuk memberikan satu standard perubatan yang tinggi kepada rakyat Malaysia kepada mereka yang berpendapatan rendah sama ada di bandar ataupun di pinggir bandar. Saya mohon sedikit pandangan nanti.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Hulu Langat sudah lama.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingatkan, Yang
Berhormat……

No comments:

Post a Comment