Wednesday, March 11, 2009

Soalan Jamaluddin Jarjis tentang prestasi pensyarah di Universiti

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dijemput Yang Berhormat Rompin.

Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin]: Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Pesta kampungkah?

Datuk Jamaludin Jarjis [Rompin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya mengenai dengan perkara 8 daripada ahli wakil rakyat DAP yang melaung-laungkan isu bahawa tidak perlu kita ikut etnik. Parti DAP itu semua ada etnikkah yang menuduh di sini? Ini yang saya nampak, dia politik sahaja.

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: [Menyampuk]

Datuk Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Saya tidak merujuk soalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan Yang Berhormat, soalan.

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Duduklah.

Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin]: Ini saya kata, yang cakap parti hanya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Kawan, duduk Yang Berhormat.

Jamaludin Jarjis [Rompin]: ... membangkitkan semangat orang hendak bergaduh, menghina, benci. Kata akademik, akademikkah doktor ini? Juallah certificate akademik ini. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan Yang Berhormat.

Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Ini mungkin beli akademik certificatenya.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Memang tidak layak jadi Naib Canselor sebab itu...

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Duduklah. [Dewan riuh]

Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin]: Mungkin akademik dia beli punya. Yang Berhormat kalau kita membicarakan tentang akademik, kita tanyalah soalan akademik. Bukan soalan kepentingan etnik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Datuk Jamaludin Jarjis [Rompin]: Menuduh orang etnik, dia yang etniknya. Betul tidak? Apa ini? Racist lagi pun. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soalan.

Datuk Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Soalan saya, saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat...[Dewan riuh] Apabila kena sendiri rasa marah. Menuduh orang tidak apa.

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Tidak rasa apa-apa.

Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin]: Menuduh belah sini kononnya etnik, soalan anda yang etnik. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Cukuplah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Rompin.

Jamaludin Jarjis [Rompin]: ...ini doktor beli kah ini? Ini doktor akademik belikah ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan, Yang Berhormat soalan.

Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Soalan, seorang akademik bertanya perkara bukan akademik. Mengatakan kita racist, kamu yang racist nya. [Dewan riuh] Boleh saya tumpang tanya sedikit Tuan Yang di-Pertua. Bagi peluang saya bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, soalan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Soalan yang akademik,
bukan soalan yang racist. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang
Berhormat rasa puas hati tentang prestasi pensyarah-pensyarah universiti kita dari research dan kajian mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habis nafas Yang Berhormat. [Ketawa]

Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita selalu memantau keadaan prestasi setiap akademik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, sekarang ini perjalanan untuk mengenal pasti dan mengesyorkan seseorang calon dilantik sebagai NC bagi sesebuah universiti awam adalah teratur dan kemas. Sejauh kuasa yang diberikan kepada jawatankuasa ini, mereka tidak disyaratkan meletakkan kriteria kaum atau bangsa sebagai asas pertimbangan. Sekian.

No comments:

Post a Comment