Jamaluddin Jarjis akan ke kabinet dalam rombakan kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan rombakan Kabinet dan perubahan dalam proses pemilihan UMNO apabila mengambil alih tampuk pemerintahan supaya parti dan kerajaan disenangi oleh rakyat.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan berbulan madu sebaliknya akan terus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat kepada beliau.
"Saya percaya rakyat akan beri peluang kepada saya untuk tunjukkan apa yang saya akan lakukan sebagai pemimpin utama parti dan negara. Perkara pertama ialah menyusun Kabinet dengan komposisi akan disenangi oleh rakyat.
"Rakyat akan mengetahui agenda dan hala tuju yang saya akan bawa dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan Dialog@1 anjuran RTM yang disiarkan secara langsung dari Dewan Tun Hussein Onn, PWTC di sini malam ini.
Najib berkata, kerajaan akan mengubah pendekatan dengan mengamalkan mesra rakyat, prihatin dengan isu rakyat atau lebih tepat lagi menjadi juara kepada permasalahan rakyat.
Tegas beliau, rakyat akan melihat parti yang memperjuangkan nasib rakyat melalui kaedah praktikal turun padang semasa bencana, kegiatan sosial secara konsisten dan bukannya bermusim.
"Tidak guna jadi ketua bahagian tetapi tidak disukai oleh rakyat, jawatan bukannya jaminan untuk menarik sokongan," katanya.
Mengenai rombakan dalam pemilihan UMNO, Najib berkata, ia perlu bagi memastikan persepsi negatif rakyat dapat dikikis.
Bagaimanapun katanya, struktur yang akan dirombak adalah berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan parti.
"Kita perlu melakukan perubahan selepas ini kerana parti tidak mempunyai pilihan kerana kalau terus bersikap seperti sekarang UMNO akan ditolak oleh rakyat.
"Maknanya, pada masa ini rakyat bukan menolak UMNO dan mereka bukan hendak sangat pembangkang tetapi masih memerlukan parti ini. Tetapi mahu suara mereka didengari dan membuat perubahan," katanya.
Najib juga yakin sekiranya UMNO berani berubah, sokongan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) akan kembali pulih.
Ujarnya, dalam pemilihan UMNO pada minggu depan, apa yang beliau harapkan ialah perwakilan memilih pemimpin-pemimpin yang berintegriti, berkebolehan dan setia kepada parti.
Najib juga optimis bahawa pemilihan dalam UMNO tidak akan memecahbelahkan parti kerana jawatan presiden tidak ditandingi yang mana presiden akan dijadikan sebagai tempat rujukan apabila berlaku sebarang masalah.
Jelasnya, perpecahan parti pada tahun 1987 kerana berlaku pertandingan pada jawatan presiden tetapi tahun ini berlainan dengan hanya jawatan dari Timbalan Presiden hingga ke bawah ditandingi, oleh itu tidak wujud team A atau team B.
Mengenai Lembaga Disiplin, Najib memberitahu, lembaga itu bebas tetapi apa yang menjadi masalah sekarang ialah parti berada di persimpangan yang mana jika tindakan diambil terhadap pemimpin kanan akan menyebabkan penyokong-penyokong memberontak.
(Sumber: Utusan)
Semua rakyat Kedah & Malaysia tahu ini...
Dengan membuang Mukhriz dari kerusi MB , pasti Negeri Kedah akan dapat
kepada Pembangkang sekali lagi dan tia...
No comments:
Post a Comment