KUALA LUMPUR, 17 Mac – Petang ini akan berlangsung sidang media Lembaga Disiplin UMNO oleh Pengerusinya sendiri iaitu Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen yang dijangka akan membuat pengumuman berkaitan penglibatan ahli-ahlinya dalam salahlaku disiplin termasuklah politik wang.
Khabar angin kencang mengatakan ada diantara ‘orang kuat’ atau orang penting dalam Majlis Tertinggi (MT) sendiri turut terbabit dalam gejala tersebut dan LD telah pun memutuskan hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Sesungguhnya tidak kiralah siapa yang terlibat atau yang dijatuhkan hukuman ekoran daripada kesalahan melanggar peraturan dalam Tataetika Ahli UMNO, maka redhalah menerima ketentuan.
Paling mudah, berani buat maka tanggunglah akibatnya lantaran UMNO tidak pernah bertolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku disiplin khususnya membabitkan politik wang.
Malahan perkara berkaitan hal tersebut bukan sekali atau dua kali diingatkan dan bukan hanya Perdana Menteri atau Timbalannya memberikan peringatan berkaitan dengan perkara politik wang. Pengerusi LD juga acapkali menyebut berkaitan disiplin dan politik wang hinggakan hampir semua sidang media yang dibuat maka perkara tersebut akan diutarakan.
Dalam hal ini, sewajarnya nama baik parti yang menjadi tunjang dalam pentadbiran negara perlu diutamakan lantas apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh LD bukanlah secara membuta tuli sebaliknya dibuat atas kapasiti demi masa depan UMNO.
Perkara 11 dalam Tataetika Ahli UMNO juga menetapkan bahawa mana-mana ahli yang didapati bersalah melanggar tataetika ini bolehlah dikenakan mana-mana hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Dalam Fasal tersebut menetapkan bahawa ahli yang melanggar peruntukan tersebut akan dikenakan mana-mana tindakan termasuk diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam pilihan raya negeri atau umum bagi mana-mana tempoh yang ditumpukan oleh Majlis Tertinggi, dipecat daripada parti atau dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan parti
Menjurus kepada perkara tersebut, sewajarnya sebagai ahli yang bertanggungjawab dan memegang amanah warisan dari pemimpin terdahulu, tentunya tahu apa yang perlu atau tidak patut dilakukan termasuklah menentukan baik dan buruknya tingkah laku sendiri.
Apatah lagi sekiranya kesalahan tersebut membabitkan golongan peringkat atasan yang menjadi pemimpin, diberi kepercayaan tetapi sanggup pula membeli amanah bangsa agar lebih mudah untuk terus berkuasa dan mendaki ke jawatan yang lebih tinggi.
Memang sebelum ini ada juga beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan yang telah dikenakan oleh pihak LD kepada mereka lantas mengambil jalan pintas dengan kononnya untuk menegakkan keadilan termasuklah melaporkan kepada pihak polis, membuat sidang media dan ada juga yang keluar terus dari parti.
Sesungguhnya pejuang yang unggul adalah mereka yang benar-benar sanggup berkorban apa sahaja demi parti, biarpun parti tersebut telah mengenakan tindakan ekoran kesalahan yang dibuat tetapi mereka tidak akan sanggup untuk mengaibkan parti yang telah banyak menabur jasa kepada mereka.
Antara yang dikenakan hukuman menyatakan bahawa ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan mereka. Oleh itu, jika benar dakwaan tersebut wujud maka buktikan dengan langkah yang bijaksana ibarat menarik rambut dari tepung, begitulah hendaknya jangan sampai parti menjadi korban kerana ketamakan ahli-ahli di dalamnya.
Lihat sahaja bagaimana tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad yang dipecat keahlian pada tahun 1970-an, beliau tetap teguh dengan perjuangan tanpa merajuk dan menyertai parti lawan walaupun mendapat tawaran untuk jawatan tertentu.
Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang masih kekal dengan landasan perjuangan walaupun turut sama dikenakan tindakan ekoran krisis UMNO tahun 1986/87 walaupun ada antara rakan-rakannya yang menyertai parti lain.
Memahami hal tersebut, apa yang lebih penting ialah prinsip dan asas dalam perjuangan sama ada untuk mengejar jawatan, pangkat dan kedudukan atau pun sememangnya ketulusan dan ketulinan bagi melihat kesinambungan agama, bangsa dan negara yang berdaulat.
Tepuk dada, tanyalah diri… buat atau tidak?
(Sumber: UMNO Online)
Semua rakyat Kedah & Malaysia tahu ini...
Dengan membuang Mukhriz dari kerusi MB , pasti Negeri Kedah akan dapat
kepada Pembangkang sekali lagi dan tia...
No comments:
Post a Comment