Jamaludin Jarjis [Rompin]: ...
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk menyertai perbahasan bajet walaupun dianggap mini, saya rasa it is a major budget bukannya mini bajet kerana rata-rata kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua, maklum balas feedback daripada sama ada pasaran market ataupun orang ramai bahawa rata-rata menerima baik rangsangan sebanyak 60 bilion yang telah diumumkan baru-baru ini.
Ramai yang mengatakan terkejut 60 bilion. Yang sebelah sana mengatakan tidak cukuplah, kecil sangatlah. Ini tidak ada dipersoalkan bahawa 60 bilion Tuan Yang di-Pertua adalah satu jumlah yang sudah semesti merasakan amat sesuai sekali kalau kita bandingkan dengan negara China sebagai contoh. Kita lebih kurang 8% GDP. Di China lebih kurang 9%. Saiz yang dirasakan oleh pakar-pakar analisis dalam pasaran mengatakan dengan jumlah RM60 bilion boleh mengelakkan kita insya-Allah daripada kita memasuki technical recession ataupun pertumbuhan negatif dua quarter dengan izin bertutur-turut.
Ada juga yang mengatakan budget major ini, saya mengatakan major budget kerana apa lebih besar daripada saiz pembangunan yang biasa iaitu dua kali pada yang tahun lalu amat unik dengan izin smart dan amat komprehensif sekali dan meliputi yang kita semua maklumkan antaranya RM15 bilion injection fiscal, RM10 bilion untuk ekuiti lepas itu dana guarantee, RM 30 billion taxes incentive dan RM7 bilion untuk private finance deficit untuk menggerakkan swasta kita.
Sudah semesti saya merasakan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri kemukakan bajet ini sudah semestinya dari hati naluri jiwa beliau merasakan beliau amat terpanggil untuk membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita kerana ekonomi kita amat bergantung kepada produk-produk yang kita eksport ke negara luar terutama sekali negara barat seperti di Amerika.
Harapan kita Tuan Yang di-Pertua, bahawa ia kan membantu rakyat biasa sudah semestinya satu usaha luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Ini yang amat penting sekali dalam an extra ordinary budget Tuan Yang di-Pertua kepada benefit an ordinary people of this country dengan izin. Satu bajet luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana usaha yang baik yang dapat dikemukakan baru-baru ini.
…
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok sedikit juga menyentuh tentang isu yang dibangkitkan, empat teras yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Pertama, saya hendak sentuh sedikit tentang isu mengurangkan pengangguran dan menambahkan peluang pekerjaan. Saya ingin menyokong teras pertama ini iaitu kita bela 163,000 peluang latihan dan penempatan bagi pekerja yang diberhentikan dan siswazah-siswazah yang menganggur. Ini amat baik sekali. Namun demikian, saya juga minta supaya swasta, janganlah usaha ini hanya dipikul oleh kerajaan sahaja untuk membela anak-anak muda kita seperti yang Yang Berhormat
Kubang Kerian katakan tadi, yang menganggur, yang akan keluar daripada universiti dan akan diretrench, dengan izin, hilang pekerjaan oleh kerana kilang-kilang kita terpaksa down size, dengan izin, kerana eksport mereka terjejas di dunia sana.
Tuan Yang di-Pertua, ini amat penting sekali. Yang kedua, saya juga ingin menyentuh tentang teras yang kedua, iaitu meringankan beban rakyat iaitu menambah lagi peruntukan-peruntukan untuk membela anak-anak muda kita ataupun mereka yang tinggal di bandar. Saya penuh yakin bahawa anak-anak muda yang tinggal di luar bandar dapat dibela dari segi perumahan mereka, mana yang tidak ada tanah, kerajaan bagi mereka tanah, tidak kira siapa
mereka.
Namun yang demikian, saya juga ingin menyertai kebimbangan kita kepada anak muda yang di bandar. Kalau kita lihat dan kaji Tuan Yang di-Pertua, demografi sekarang ini di Malaysia, kalau kita lihat satu bandar yang kita takrif sebagai mereka yang tinggal di bandar itu 50,000 ke atas, boleh dikatakan majoriti bandar-bandar ini sudah didiami oleh orang Melayu dan bukan macam dahulu, majoritinya bukan Melayu. Sekarang ini majoritinya sudah orang Melayu. Untuk itu, isu untuk memberikan pendidikan dan perumahan itu amat penting sekali.
Saya menyambut baik, syabas kepada Menteri Kewangan kerana memperuntukkan RM200 juta lagi peruntukan untuk Perumahan Mesra Rakyat. Namun demikian saya merasakan Tuan Yang di-Pertua, mengapa tidak kalau kerajaan timbang, buat satu projek besar-besaran, mungkin untuk 100,000 anak-anak kita yang tidak ada rumah ini, generasi muda di bandar-bandar ini, mungkin RM50,000 harganya dengan jumlah RM5 bilion.
RM5 bilion ini boleh kita berikan kepada swasta ataupun agensi kerajaan, di mana kerajaan hanya memberikan satu gerenti sahaja, di mana mereka ini boleh membayar, yang paling baiknya Tuan Yang di-Pertua, mengapa tidak mereka ini membayar sewa dahulu dan dalam jangka masa 25-30 tahun, sewa-sewa ini boleh menjadi sebahagian atau sepenuhnya nanti menjadi pembayaran kepada apartmen atau perumahan itu bagi rumah-rumah kos rendah ataupun medium low cost, dengan izin untuk di dalam bandar. Saya ingin menyarankan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]
Jamaludin Jarjis [Rompin]: ...mengapa tidak kerajaan membuatkan satu projek yang besar, sebagai contoh, 100,000 rumah kos menengah rendah, harganya RM50,000 satu unit, berjumlah RM5 bilion kepada anak-anak muda kita di bandar, yang mana pendapatan mereka hanya RM2,000 ke bawah dan mereka ini peringkat awalnya, kerana mereka ini baru lagi kerja, kita bagi mereka sewa dahulu dan apabila mereka mampu nanti, dia tambahkan sewa itu nanti, semua sewa itu akan dijadikan sebahagian daripada pembelian apartmen atau rumah itu sendiri, yang pertama.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kalau di luar bandar, rumah-rumah di bina oleh mereka sendiri, tanah kerajaan yang beri, infrastruktur kerajaan yang beri, mengapa juga kita yang di bandar Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah ini, prasarana apartmen, rumah-rumah yang medium low cost ini, prasarana dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk itu, kosnya yang RM50,000 itu, untuk apartmen atau rumahnya sahaja bukan infrastruktur Tuan Yang di-Pertua, kerana kos infrastruktur itu kadang-kadang 30%, 40%.
Mengapa tidak, kerana ini merupakan tanggungjawab kerajaan membela mereka ini yang berpendapatan rendah, bukan sahaja di luar bandar tetapi kita bela mereka juga yang berpendapatan rendah ini, sama yang kita bela mereka di luar bandar, kita bela mereka di dalam bandar, tidak kira siapa. Bumiputera, bukan bumiputera, semua rakyat Malaysia yang dalam bandar, pendapatan RM2,000 ke bawah, buat rumah banyak-banyak, 100,000 sebagai contoh untuk peringkat permulaan, prasarananya dikendalikan oleh kerajaan, sewa peringkat awal itu dijadikan pembelian dalam jangka masa 25-30 tahun dan kalau swasta membinanya, kerajaan boleh bagi gerenti dalam masa 30 tahun itu, anak-anak muda itu nanti insya-Allah, semua jumlah sewa itu akan menjadi pembayaran kepada apartmen atau rumah medium low cost itu di bandar. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan.
Silakan.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga kagum kerana cadangan itu agak baik untuk program menggalakkan pemilikan rumah, tetapi kita mesti faham asasnya untuk membolehkan seseorang itu layak untuk memiliki rumah atau membeli rumah. Biasanya mereka ini mestilah mempunyai pendapatan tetap dan kebetulan memang ada satu cadangan secara khusus semalam, yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Soalan yang pertama tadi yang saya ajukan kepada Yang Berhormat Rompin, dia kata sudah jawab. Berkenaan dengan pelepasan cukai atas faedah pinjaman perumahan yang disebut secara khusus semalam, tetapi disebut kepada jumlah pelepasan sehingga RM10,000 setahun atas faedah, bukan pinjaman, faedah. Apa kata Yang Berhormat Rompin kalau kita cadangkan, kita jangan hadkan jumlah ini, tetapi kita bagi pelepasan cukai kepada semua bentuk pinjaman perumahan untuk tempoh, tidak payah tiga tahun tetapi dua tahun. Maknanya, sebarang bentuk atau jumlah pinjaman perumahan, faedahnya kita kecualikan langsung daripada cukai. Ini agak menyeluruh dan semua orang termasuk orang yang baru hendak mulakan kehidupan, baru ada pendapatan yang cukup untuk memiliki rumah, tetapi kita beri dia pelepasan terhadap faedah yang sepatutnya dikenakan oleh pemberi pinjaman.
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Terima kasih
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Saya ingat, Yang Berhormat Indera Mahkota, cadangan itu baik. Namun demikian Yang Berhormat Indera Mahkota, mungkin sebagai latar belakang. Di Malaysia ini mungkin pegawai Kementerian Kewangan boleh memaklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, bahawa mereka yang bayar cukai ini hanya yang berpendapatan RM2,800 ke atas saya rasa.
Mungkin bahagian cukai boleh angguk kepala kalau betul saya kata. RM2,800 ke atas sahaja bayar cukai. Bermakna yang tidak bayar cukai ini, pendapatan mereka yang rendah RM2,800 ke bawah, memang tidak bayar cukai kerana rebate pendapatan ini hanya kepada mereka yang bayar income tax mereka sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi, pelepasan cukai terhadap faedah, bukan terhadap pinjaman. Sebagai yang digariskan semalam...
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Saya bersetuju, saya minta Menteri Kewangan jawab sebab saya boleh ulas tapi bila saya terus kepada apa ...
Saya bersetuju namun demikian Yang Berhormat memang kena ingat bahawa taxable income bracket pendapatan RM2,800 ke atas. Untuk itu kalau kita hendak buat mitigation untuk yang berpendapatan rendah bukan cara tax. Dia outside dari tax bracket dengan izin, tapi Menteri Kewangan mungkin boleh menjawab nantilah, kalau tidak mungkin pegawai boleh buat surat kepada Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak berbalik kepada isu tadi, saya berbalik kepada inti sari ucapan saya tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua, masa Tuan Yang di-Pertua bila masuk, bahawa bajet ini bukan mini bajet pandangan saya. It’s a major budget. Satu extraordinary yang luar biasa kepada orang yang biasa, extraordinary bajet untuk benefit ordinary man atau satu bajet major yang besar, luar biasa untuk membantu orang ramai.
Saya membawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat semua strategi pendekatan empat-empat yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan adalah cuba membantu untuk meningkatkan pendapatan sama ada kita cuba apa jua usahanya. Kita selamatkan syarikat dengan menggunakan RM25 bilion guarantee supaya syarikat itu tidak tutup, ada working capital nya boleh menjana peluang pekerjaan. Yang paling baik sekarang ini bukan hendak menambah, jangan mereka terpaksa membuang pekerjaan. Saya pernah berniaga, saya tahu Yang Berhormat Indera Mahkota.
Hari itu, semasa saya resesi yang dahulu, saya kena kurangkan separuh pekerja saya begitu dan saya pada ketika itu tiada ada tempat bank untuk membuat pinjaman. Sekarang bank tidak mahu bagi pinjaman, dengan ada gerenti yang diumumkan, mereka boleh memohon kepada kerajaan terus pada ketika itu. Ini satu inisiatif yang amat inovatif dan unik sekali, kenapa? Syarikat ini boleh meminjam dengan kerajaan, working capital dia, dia boleh menangguhkan keputusan untuk membuang pekerja.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ini penting, sekejap, saya boleh bagi. Bagi saya hujah, nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, itu untuk memastikan syarikat-syarikat yang ada boleh terus meneruskan perniagaan mereka. Kalau kurang working capital boleh memohon. Dahulu memang orang kata bank seperti yang kita tahu, dalam bahasa Inggerisnya Tuan Yang di-Pertua, bila dia sunshine dia bagi payung, hujan dia tarik balik payung. Inilah masa bank tarik balik payung, bila bank tarik balik payung, kerajaan bagi payung untuk syarikat-syarikat ini. Ini supaya syarikat ini terus mengekalkan pekerja-pekerja yang ada pada mereka. Ini satu usul yang amat inovatif sekali, dengan gerenti boleh diberi daripada kerajaan, bank boleh bagi. Dengan cara ini, mengekalkan mereka ada peluang pekerjaan.
Saya hendak berbalik kepada usaha selain bercakap tentang bagaimana memastikan syarikat kita mengekalkan aktiviti mereka, terus buat pembuatan, penjualan, apa-apa supaya mereka akan memberi peluang pekerjaan, jobs dengan izin, kepada rakyat Malaysia. Saya hendak beralih kepada isu selain daripada mengekalkan pendapatan ialah mengurangkan kos. Dalam negara kita dalam suasana begini, kita mahu juga Tuan Yang di-Pertua, kekalkan kos. Jangan kos itu meningkat dalam suasana begini.
Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar, selalu gajinya saya lihat, mungkin Yang Berhormat Indera Mahkota tidak tahu. Saya pun baru tahu juga. Sebelas juta daripada mereka yang membayar EPF, demografi negara kita, hanya satu juta penduduk saja yang bayar income tax. Sepuluh juta orang tidak bayar, satu juta orang sahaja yang bayar cukai ini. Bermakna sepuluh juta orang ini pendapatan dia RM2,800 ke bawah. Bermakna daripada RM2,800 ke bawah ini, lima juta orang adalah RM1,500 ke bawah. Daripada RM1500 hingga RM1600 ke bawah ini ialah 1/3 perumahan mereka, 1/3 untuk membeli makanan mereka foods, 1/3 pengangkutan.
Ini tiga isu Tuan Yang di-Pertua yang saya mahu mengambil kesempatan ini. Selain daripada usaha kerajaan untuk pastikan kita kekalkan mereka ini yang bekerja kekal bekerja, yang tidak ada kerja kita bagi peluang latihan, yang kita pastikan syarikat itu terus beroperasi, kekalkan jangan mereka buang pekerjaan, itu dari segi revenue side dengan izin. Akan tetapi saya hendak membawa dari isu kos, side cost rakyat Malaysia ini. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Perdana Menteri amat prihatin dengan isu ni sebab itu saya minta dibagikan satu food subsidy, subsidi makanan. Subsidi makanan semua sekali...
Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa bukan sahaja subsidi mengurangkan kos tetapi isu memastikan kos tidak dinaikkan barang makanan itu amat penting sekali. Kementerian Domestic Trade and Consumer Affairs, dengan izin, pastikan tidak ada peniaga-peniaga menaikkan harga dalam suasana begini dan amat baik sekali kalau ada subsidi. Kalau dikatakan perlu tambah, saya syorkan Menteri Kewangan tambah subsidi jika perlu supaya kos kehidupan seharian rakyat Malaysia terutama yang pendapatan RM2,000 ke bawah ini dapat diawasi. Saya, saya jemput Yang Berhormat...
…
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Sepuluh minit sahaja. Saya janji Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga perkara saya hendak bercakap sedikit sahaja. Pendek sahaja, selepas itu, habis sepuluh minit. Kos perumahan mesti diawasi, kedua makanan, ketiga pengangkutan.
Pengangkutan, saya nampak bahawa dalam ini teori ekonomi dan saya tidak mahu menghujah lebih mendalam. Dahulu kita memang ekonomi kita more to central control the sources of the economy, kita pergi kepada market.
Saya risau Tuan Yang di-Pertua, pergi kepada pasaran, kita agak terlebih sedikit, mengapa tidak kembali kepada social market model? Khidmat-khidmat kepada yang pendapatan rendah, tidak mungkin boleh dapat keuntungan. Kalau perkhidmatan, kita bagi kepada mereka yang berpendapatan rendah ini sama ada makanan, pengangkutan atau perumahan, tidak mungkin akan jadi satu perniagaan. It’s not a market product, it’s a social product, dengan izin. Untuk itu bas, tidak mungkin boleh membuat perniagaan yang baik dalam bidang bas.
Kalau itu kita rasakan teorinya, tidak mungkin pengangkutan perkhidmatan bas itu boleh menjadi satu produk pasaran yang boleh membuat keuntungan. Mengapa kita swastakan? Mengapa kerajaan ambil alih? Kita lihat di Eropah, semua syarikat di bas Eropah boleh dikatakan banyak dipunyai oleh kerajaan. Saya juga lihat mengapa tidak kerajaan mungkin buat kajian lihat sistem pengangkutan bas di negara kita. Kalau tidak bermaya, tidak mungkin kalau bas yang baik, saya ingat masa kita penuntut dulu, ramai kita di sini menjadi studen di luar negara, tidak perlu kita ada kereta.
Di sini kalau ada perkhidmatan bas yang baik, kita tidak perlu bawa kereta tetapi masalahnya bas kadang-kadang tidak sampai. Kalau sampai pun, penuh sebab tidak cukup.
Kadang-kadang bas yang the profitable route itu, dengan izin, mesti banyak bas, dan yang unprofitable route, dia tidak ada. Bermakna dia mengurus produk perkhidmatan ini berasaskan kepada keuntungan tetapi orang ramai yang memerlukan khidmat itu, dia perlukan khidmat kerana kalau ada bas, tidak perlu dia ada kereta. Untuk itu, saya nampak bahawa perkhidmatan bas in dikaji kembali. Kalau ia anggapkan ini satu khidmat sosial, tidak mungkin dapat diswastakan, tidak mungkin ada keuntungan, mengapa kerajaan tidak akan ambil alih melalui majlis-majlis kah dan kerajaan boleh bagi bantuan. Kerajaan Selangor pun kita boleh bantu juga, tapi janganlah bagi syarikat itu kepada syarikat Keadilan sahaja. Adil tidak adil sudah, dahulu sahaja.
Saya minta supaya kaji kembali sistem pengangkutan di negara kita terutamanya bas. Kalau bas itu, mengapa tidak kerajaan tidak mengambil alih sama ada kerajaan sendiri ataupun melalui GLC, atau melalui majlis-majlis daerah, kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan sendiri.
Yang kedua pengangkutan PLUS, banyak sudah bercerita tentang PLUS. Kerajaan saya difahamkan mengkaji kembali, kalau kita tidak boleh ambil alih, mengapa tidak PLUS ini kita buat differentiation sedikit. Kalau mereka yang boleh menggunakan pendapatannya rendah, kenapa kita tidak ada khidmat yang berbeza. Kita ada banyak smart card sekarang ini, memang kita katakan kalau bagi kad ini kena tipu tetapi ada sistemnya. Kalau kita mengambil alih tol-tol ini, mungkin memakan belanja yang besar, mungkin kita kenakan tol ini bukan kerana kereta dia tetapi kerana pendapatan dia.
Kalau pendapatan dia itu rendah, mungkin dia kena beli Smart kad dengan ada diskaun tertentu. Dengan itu kita boleh pastikan penggunaan tol itu juga kita subsidi atau bantu mereka yang berpendapatan rendah. Saya hendak ulangi Tuan Yang di-Pertua, selepas itu saya tinggal lima minit lagi, bahawa kerajaan kena lihat selain syabas kepada kerajaan berjaya dari segi isu membina, peluang pekerjaan yang ramai, tetapi kos kehidupan orang ramai itu kalau boleh tengok balik pertama, pastikan kos makanan itu dikawal. Syabas kepada kerajaan peruntukkan RM674, juta.
Kedua perumahan RM200juta syabas saya cadangkan supaya tengok kembali mengapa tidak ada perumahan kos rendah besar-besaran RM100,000 hingga RM200,000? Ini boleh menjana ekonomi kita multiply effect dalam komponen itu amat besar sekali, kerana lima multiply effect dia. Construction, pembekal itu kita boleh hujah mengapa tidak?
Ketiga kaji kembali sistem pengangkutan kita sepuluh juta rakyat kita yang banyaknya mana pendapatan mereka rendah. Sedikit saya bagi saya tinggal empat minit lagi. Saya hendak balik sedikit Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat, satu GLC. Saya hendak cadangkan supaya GLC ini kembali kepada pangkal jalanlah. Kalau dahulu saya pernah menjadi TNB pengerusinya, pada ketika itu bukanlah kita hendak gendang kita untung juga pada masa yang sama kita ada juga tanggungjawab sosial ada vendornya sekarang saya difahamkan yang semua syarikat vendor Tenaga Nasional semua sudah mati belaka, kata saya dengar cerita.
Kedua juga ini IPP ini. Saya setuju juga IPP kita kaji kembali juga, mana-mana projek IPP yang dekat hendak habis kerajaan ambil alih. Selepas itu Projek Bakun ini, belum diputuskan saya cadang Bakun ini biarlah bekalan elektrik untuk orang Sabah dan Sarawak sahaja. Saya juga latar belakang jurutera, saya bimbang kalau kita hantar tenaga kuasa daripada Sarawak ke mari 760 km, kita yang pertama yang buatnya rasa risaunya yang terpanjang dunia hanya 100 km dan kalau tengok kosnya pula saya difahamkan, kos penjanaan hidro dengan kos penghantaran sama sahaja. Mengapa double the cost bawa ke Semenanjung? Semenanjung pun kuasa kita saya difahamkan kita ada dua, kita punya dekat access capacity 50%, we don’t need the power dengan izinnya. So mengapa kuasa ini kita biarkan digunakan untuk orang Sarawak dan Sabah? Mengapa tidak Brunei dan eksport ke Indonesia, mengapa tidak? Kaji kembali tentang usaha untuk menghantar kuasa ke Semenanjung.
Saya dapat sedikit maklumat yang tak bayar RM2400 ke bawah tidak bayar cukai pendapatan. Terima kasih Kementerian Kewangan. Saya ingin menyentuh sedikit lagi tentang, syabas kepada kerajaan untuk membela, memulihkan bukan sahaja merangsang ekonomi yang ada sekarang tetapi menyediakan juga untuk ekonomi yang akan datang. Syabas kepada kerajaan bagi memperkenalkan teknologi green. Saya tahu dia pakai pakaian hijau, hijau kan lain pula khayal yang di sebelah sana dia kata yang dia pula. Ini teknologi mesra alam ini. Esok pilihan raya dia pakai pergi Gantang pula ini. Ini bahaya mereka ini, ini seinci jadi sekaki. Bahawa amat penting sekali kita kalau dahulu ekonomi kita hanya berasas dahulu Tuan Yang di-Pertua, sumber yang murah, upah yang murah, dahulu Tuan Yang di-Pertua, semua dari Barat. Barat bawa kapital, bawa teknologi dan pasaran. Amat baik kita susun balik industri kita ini untuk supaya teknologi kita punya seperti teknologi mesra alam. Kapital kita punya dan pasaran cari pasaran yang lain. So saya syabas dibagikan peruntukan untuk Ph.D research, tapi saya hendak cadangkan supaya ada juga dana venture capital.
Banyak keluhan mereka di universiti, mereka buat research ada IP hendak buat commercial tiada wang. Sudah ada venture capital tiga, empat masa saya di kementerian dahulu, tambahkan peruntukan dalam venture capital yang ada. Saya difahamkan banyak venture capital sudah kehabisan dananya. Tambah dana-dana dalam venture capital, biotech, di venture capital IT, dan venture teknologi baru ini, seperti mesra alam ini saya bukan sahaja dibentuk IP yang baru dipasarkan untuk juga menjana peluang pekerjaan yang akan datang dan akhir Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu saya jemput apa ini? Bahawa juga syabas juga diberi pinjaman kepada micro credit. Micro credit ini untuk luar bandar dibagi kepada Bank Pertanian.
Alhamdulillah, syabas saya juga nampak juga ada micro credit untuk mereka peniaga dalam bandar. Saya bimbang kita ini ala pemikiran dahulu bila kata micro credit orang tahu susah hanya di laur bandar. Sekarang ini bila kita buat sesuatu micro credit bukan hanya luar bandar teruskan tetapi dalam bandar. Saya baru pergi itu tengah cukur itu, hari tidak pergi lagi ini, lain macam sedikit. Dia bercerita sudah banyak bergantung pada along sudah. Bagi yang bergantung pada Ah Long ini yang sepatutnya kita tengok buat survey sedikit berapa orang yang di Masjid India itu yang pinjam Ah Long? DBKL, mengapa DBKL tidak buat survey, macam mana peniaga? Saya betul..., mengapa DBKL tidak buat survey, berapa orang yang dibagi lesennya itu? Dia ambil pinjaman Ah Long. Saya dengar cerita 60% hingga 70%. Saya tidak tahu, tetapi besar kata 50% hingga 60% mereka yang ada lesen permit berniaga DBKL semua bergantung pada Ah Long. Saya difahamkan. Betul atau tidak DBKL saya mahu siasat. Mengapa tidak adakan juga micro credit RM50ribu tidak ada cagaran kepada mereka yang berniaga di bandar-bandar.