Wednesday, February 11, 2009

Pertanyaan Dewan Rakyat - 23 Oktober 2008

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat daripada Rompin. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, saya rasa dah empat lima penggal dalam Parlimen. Saya nak tanya, tadi saya tertarik dengan apa yang disebut tentang perubahan kuasa yang diuar-uarkan oleh Pembangkang. Saya nak tanya once and for all supaya dapat kita rekodkan dalam Dewan yang mulia ini.

Apakah sebab dan asas yang dapat memberi keyakinan kepada Ketua Pembangkang pada satu ketika dahulu yang memberi keyakinan bahawa beliau boleh berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 September kerana rakyat di kawasan saya semua tanya saya pasal benda yang sama dan akhirnya perkara itu tidak jadi.

Tidak jadi pada 16 September, tidak jadi pada 13 Oktober dan katanya ada tarikh baru pula. Saya nak tanya pendapat Yang Berhormat daripada Rompin, apakah sebabnya. Adakah ini satu fatamorgana, adakah ini satu pembohongan yang besar, adakah ini satu mitos ataupun adakah pemikiran beliau sudah tidak begitu waras lagi. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Tentang apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, saya akan sentuh kemudian tentang helikopter. Apa yang dikatakan rakan saya di belakang, Yang Berhormat Rembau tadi saya akan ulas selepas ini lagi, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan tadi yang berani cakap menghentam dan mengkritik Perdana Menteri ada satu dua saja sebab itu ada arahan mungkin tumpuan itu hanya kepada Yang Berhormat Pekan supaya mewujudkan satu suasana orang ramai tidak yakin kepada bakal Presiden dan Perdana Menteri kita akan datang. Ini saya nampak tumpuan yang kita nampak kalau dalam lima jam lebih ucapan Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia amat prihatin serta bijaksana menilai ini semua sama ada dalam perbahasan bajet dalam Pembangkang. Ada juga yang baik tapi ada juga yang tumpuan pada politik dan ada juga dalam kaedah-kaedah yang lain, dunia siber. Adalah tumpuan selepas pilihan raya yang kedua terus menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Dunia siber sebagai contoh, begitu juga dan juga keyakinan yang peralihan kuasa akan berjalan dengan baik. Terakhir dalam Malaysia Kini kononnya Yang Berhormat Pekan ada manifesto. Dah kita tahu dah baru nak minta maaf. Dalam perbahasan bajet ini tumpuannya hanya tiga isu, pembelian Bank Indonesia, helikopter dan…

Semuanya tumpuan kepada yang di bawah Yang Berhormat Pekan. Tak ada langsung kerana dia dah nampak dah alih tumpuan oleh Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, pembelian bank mungkin akan dijawab oleh kerajaan nanti tapi saya difahamkan pembelian mengikut tender. Tentang helikopter, saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, beliau mencadangkan dan Kabinet bersetuju akan dibincangkan dalam PAC. Tunggulah PAC, wakil kita ada semua dalam PAC. Kemudian jalur lebar.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]
Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Saya habis dulu, saya bagi lepas ini. Kemudian jalur lebar yang sebenarnya, ini semua juga diputar belitkan kenyataan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bukan bagi projek RM11.3 bilion kepada Telekom, tidak. Ini kadangkadang dia lupa dah masa dia di Kementerian Kewangan, bila dia di belah sana dia lupa dah apa
yang dia tahu.

Yang sebenarnya diberi hak kepada Telekom untuk membina satu rangkaian jalur lebar, bukan diberi kontrak. Tetapi oleh keranalah dia punya return of investment dengan izin, memakan masa yang panjang, risiko yang tinggi, kerajaan memberi hanya subsidi RM2.4 bilion untuk mengurangkan risiko, itu sahaja. Kontrak belum diputuskan lagi, Telekom sewajarnya sebagai GLC kerajaan perlu rujuk, ada peraturan-peraturan perolehannya dan yang besar saya sungguh yakin akan rujuk kepada Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat Permatang Pauh takkan dia tak tahu, dia di sana dahulu. Sebab itu saya nampak bahawa ini semuanya politik sahaja lepas itu saya nak kembali kepada soalan Yang Berhormat Rembau, 16 September datang dan pergi seperti Yang Berhormat Rembau kata tadi mungkin ada tarikh baru tapi yang sesuai mengapa tidak dilupakan tarikh-tarikh, tunggu 2012.

Yang sekarang ini patut tumpu kepada kerja kita untuk membela rakyat tetapi saya dapati banyak pemerhati politik tempatan mengatakan mengapa ia gagal. Ia gagal hanya dua parti saja menyokong, PKR dan DAP. PAS orang kata 50-50. DAP memanglah, sepanjang hayat hidup Yang Berhormat Ipoh Timur memang nak jatuhkan BN seperti ….. jatuhkan Perikatan. PKR kita tahulah mengapa, ada juga orang dalam dunia siber mengatakan itu juga merupakan impian sehayat beliau.

Saya baca petikan dalam internet tapi dia buat silap sikit masa dalam Barisan Nasional, itulah terpelanting ke sebelah sini. Ha itu saya tengah baca dalam internet, petang-petang, malam-malam baca internet.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan di sini Yang Berhormat Permatang Pauh ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ringkas, ringkas. Soal saja Yang Berhormat. Ringkas, ringkas.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh apabila Perdana Menteri membentangkan bajet, dia mengatakan Perdana Menteri gementar. Maka yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah sebenarnya Pembangkang yang menjadi gementar sebab itulah mereka menujukan segala tekanan, tuduhan kepada Yang Berhormat Pekan dalam beberapa banyak isu dan hari ini mereka tinggal tujuh orang saja di dalam Dewan ini.

Kononnya untuk membentangkan bajet alternatif tapi tujuh orang ini tak berminat. Jadi, saya fikir mereka akan gementar dan sepatutnya kalau nak bentang pun bajet alternatif, janganlah pilih waktu perbahasan. Ini nampak mereka tidak serius, ini menunjukkan mereka sebenarnya gementar. Patut carilah hari lain kalau nak membentangkan bajet alternatif.

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Kalau nak bentang, bentang dalam Dewanlah. Bentang luar Dewan buat apa. Setuju pandangan Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya nak habiskan sikit lepas itu saya bagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang sama, yang sama.

Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Saya nak habis dulu sebab saya nak jaga juga masa saya, lepas itu saya bagi kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Insya-Allah saya janji saya bagi. Saya ini tak tahu Yang Berhormat Kuala Kedah PKR ke PAS?
Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: PKR.

Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ha? PKR? Atau dipinjamkan daripada PAS ke PKR? [Ketawa] Pihak PAS Tuan Yang di-Pertua, dia ada dua group, dua kumpulan.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Hai cakap pasal BN sudahlah, pasal PAS pasal apa?

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Apa pula ini? Hak sayalah. Bagi Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat cakaplah. Kita ini ada hak kita masing-masing sebab saya dalam Rompin, saya ada wakil PAS. Banyak PAS sokong saya. Sebab itu saya nak bercakap pasal pihak dia ini. Kebimbangan pengundi-pengundi saya, PAS Rompin. Itu saya nak bercakap sikit.

PAS bimbang kerana Tuan Yang di-Pertua, PAS ada dua group. Separuh sokong separuh tidak, mengapa? Pihak Adogan, ha ini betul ke saya kata Adogan ini? Adogen ke Adogan? PAS yang diketuai oleh kawan dulu pun Ahli Parlimen ….., nama ini diambil pimpinan Taib Adogan daripada Turki, menyokong kuat agenda PKR.

Puak ini entah macam mana pandaipandai pujuk Ustaz Nik Aziz dia bagi simbol ketua mereka tapi satu lagi puak tulen PAS, satu pihak Adogan tak tulen, ala Turki. Yang pihak yang tulen ini yang diketuai Mustapha (Dato’ Mustafa Ali) tidak bersetuju.

Saya nak tunjuk surat khabar. Ini bukan surat khabar UMNO ini, Harakah. “September 16 gagal”. Mustapha kata, bukan pemimpin UMNO. Saya baca Harakah. Sekarang kita bagi Harakah tak macam dulu. Kita hormati kebebasan berakhbar, kita bagi. Saya baca. Ini bukan Utusan Malaysia ke BERNAMA.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk] Takkan Harakah bohong.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ha, bukan Harakah bohong. Kalau dia UMNO dia bohonglah tapi dia tak bohong.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: [Bangun]
Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Duduklah dulu, duduk dululah. Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha ini tak bersetuju.

Puak ini disokong dan simbolnya Presiden PAS. Sehingga PAS kata bahawa 16 September ini ‘angan-angan Mat Jenin’. Ini bukan kenyataan pemimpin UMNO.

Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Yang Berhormat Rompin, minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Nantilah dulu, saya tidak habis lagi. Nanti saya habis saya bagilah. Tunggulah dulu.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Bagilah sekali. Sikit saja.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Tunggulah dulu. Habiskan dulu baru saya bagi.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Sikit saja.
Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ini hak saya. Duduk dulu.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Betullah. Hendak sokong. Hendak sokong.
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Apa ini. Saya hendak habiskan dulu, nanti saya bagilah.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah? Saya hendak sokong Yang Berhormat Rompin.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Lailahaillallahlah Muhammadur Rasulullah.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Minta sikit. Laluan.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Astaghfirullahlahal azim! Hendak saya bacakan hadiskah supaya ikut… Nanti saya habiskan dulu.

Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha Ali tidak bersetuju. Ini buat statement 16, yang tidak bersetuju sehingga beliau kata, Datuk Haji Hadi ke …ketua PAS kata, “Ini angan-angan Mat Jenin”. Kerana apa? PAS tidak boleh menerima PKR dalam Pakatan kerana perbezaan pendapat isu negara Islam dan sekular ini antara ‘ayah’ ini… Apa ini, bukan Jelutong… Gelugur. Bukit Gelugur berentap ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Dia ini, Shah Alam tidak tahulah. Ini bukan kumpulan tulen ini, kumpulan adogan ini. Walhal Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia sekalian, ini bukan saya kata, ini Yang Berhormat Marang mengulangi mengatakan bahawa. Ini Hadi mengatakan … Nanti salah sebut marah dia pula. Yang Berhormat Marang kata dia tidak pernah mengiktiraf Permatang Pauh sebagai calon Perdana Menteri, betul atau tidak?

Betul! Ini PAS, surat khabar Harakah. Takkanlah bohong! Dia mungkin bohong tentang UMNO tetapi takkan bohong tentang PAS. Yang itu yang saya hendak jawab tadi. [Memandangkan ke arah Yang Berhormat Rembau]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, pandang ke sini Yang Berhormat.

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Tak tahu nama. Frame besar tidak ada. [Disampuk] Rembau. Ini bagi menjawab Yang Berhormat Rembau mengapa September 16 itu gagal. Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Menyampuk]
Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Sikit. Sikit. Saya hendak berikan yang di belakang dulu. Saya hendak tentukan tajuk, nanti saya bagi balik. Asas perbalahan ini bermula daripada pengagihan kerusi, ada sejarahnya.

Asas perbalahan bermula daripada pengagihan kerusi antara PAS dan PKR di mana banyak berbahasan antara Mustapha tidak bersetuju dengan PKR. Saya baca ini di dalam internet. Dia kata walhal ada juga calon PKR dia pinjam daripada PAS. Kerusi itu PAS tidak bersetuju, PAS hendak dan PKR pun hendak. Okey, engkau ambil tetapi ambil calon aku.

Ini saya difahamkan Yang Berhormat Machang ahli PAS tetapi bertanding di bawah PKR, betul atau tidak? Ha, tidak berani kata tidak betul! Yang Berhormat Baling tok Imam dahulu, mesti dia tidak berani bangun sebab perkara betul.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah beri laluan ke?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya bagi Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah beri laluan ke? Hendak jawab.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Tidak saya bagi Yang Berhormat Jerai sebab Yang Berhormat Jerai minta dulu.

Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rompin bercakap berkaitan dengan rumah orang lain. Yang Berhormat Rompin tidak faham. Kita tengok pelan di luar sahaja. Yang Berhormat Rompin masuk PASlah, insya-Allah. [Ketawa]

Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Terima kasihlah. Sekurang-kurangnya ada bagi insurans politik kepada saya. [Ketawa]

Sumber: Teks Ucapan JJ di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2008

No comments:

Post a Comment