Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

Serah kuasa: PM, Najib jumpa Agong

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara.

Seorang pegawai kerajaan berkata Abdullah "akan memaklumkan kepada Seri Paduka hasratnya untuk meletakkan jawatan serta memaklum bahawa Najib sudah bersedia untuk memegang jawatan perdana menteri".

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Sebelum itu, Abdullah tiba dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

Najib sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengangkat sumpah bagi memenuhi pelan penyerahan kuasa ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Abdullah pula akan menghadiri satu majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, dipercayai majlis perpisahan untuknya pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka.

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, sambil melambai-lambai ke arah media.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata Yang di-Pertuan Agong perkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai perdana menteri diadakan pada 10 pagi esok di Istana Negara.

(Sumber: Malaysia Kini)

Thursday, March 12, 2009

Package: Positive Reaction From Govt, Opposition MPS

KUALA LUMPUR, March 10 (Bernama) -- Members of Parliament from both sides of the bench today reacted positively to the second stimulus package tabled by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, saying the mini budget was a timely move to help the people tide over the global economic gloom.

They said that the package would also enable industries to move ahead on various fronts and not to be encumbered by the slowdown.

Even the creative industry would benefit from the package, Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said.

He said the RM20 million allocation for Radio Television Malaysia (RTM) proved that the creative industry was equally important to spur growth.

"The allocation will be used to create content in the music industry, with RTM launching a new 24-hour 'Muzik Aktif' channel over Channel 180 on Astro on Thursday," he told reporters at parliament lobby.

He said that RTM would take appropriate action to implement the project to encourage quality content from players in the creative industry.

Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said the construction of new low-cost terminal showed that the government was committed to enhancing competitiveness in the country's aviation industry.

He said the government had identified RM5 billion investment, which would be implemented "off-budget", including a low-cost carrier terminal project and expansion of Penang airport, at the cost of RM2 billion and RM250 million respectively.

Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said he was grateful that the package still managed to give priority to education despite the economic slowdown.

"Dilapidated schools would be given attention, as well as schools in rural areas," he said.

Health Minister Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai thanked the government for allowing the contract employment of some 1,000 health assistants in local authorities in a move to stamp out infectious diseases such as dengue.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the proposal to increase the number of scholarships for entry into local private universities would enable more students to pursue higher education.

Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamad said the package would help reduce the burden borne by farmers, fishermen and livestock breeders.

Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhamad Taib said the huge allocation for rural development would be welcomed by the people especially those in Sabah and Sarawak.

PAS Youth chief Salahuddin Ayub said he hoped that the training and job opportunities announced in the package would be realised to address workers' retrenchment.

DAP secretary-general Lim Guan Eng said he did not expect Najib to announce a big amount.

"This is not just RM10 billion (as reported). I've said previously that there should be an additional allocation of RM30 billion.

"It turns out that the amount announced by Datuk Seri Najib is RM60 billion for two years," he said.

(Source: BERNAMA)

Wednesday, March 11, 2009

Najib signals return to ‘Big Govt’

MARCH 11 – The man slated to take over Malaysia’s government later this month hasn’t said much about his economic philosophy. But with the announcement of a 60 billion ringgit(US$16 billion) stimulus package yesterday, one thing is clear: Najib Razak is no free-market reformer.

Najib, who is currently deputy prime minister, called yesterday’s package “unprecedented in the nation’s history.”

For an expenditure of roughly 9 per cent of 2008’s GDP over two years, that’s no exaggeration. Malaysia will raise debt to fund this largesse. The fiscal deficit is now projected to reach a whopping 7.6 per cent of GDP, up from 4.8 per cent.

Malaysia is following in the fiscal footsteps of the US, Australia and Japan, but that doesn’t make it smart.

The “stimulus” from all this spending will likely be limited. Most of the money will be spent on loan guarantees, infrastructure and public sector expansion, rather than on tax cuts that could stimulate productive growth.

State-owned investment company Khazanah, for instance, will be handed 10 billion ringgit. Pet projects such as “green investments” and the state-run automaker will also see cash handouts. The government itself will hire 63,000 workers.

This is effectively a restatement of Malaysia’s old, government-knows-best policies. It’s the opposite of what Malaysia really needs, which is to ditch this thinking and shift to a business climate that encourages private investment and entrepreneurship. The government predicts GDP could shrink 1 per cent this year.

Yesterday’s fiscal expansion is also a political risk for Najib and his ruling coalition. Malaysian voters, fed up with the government’s racial politics and lacklustre economic growth, handed opposition parties roughly one-third of the national parliament last year and victories in two subsequent parliamentary by-elections.

If Najib’s package doesn’t work, the voters may protest again at the polls. – The Wall Street Journal

(Source: Malaysian Insider)

Tuesday, March 10, 2009

Najib bentang bajet mini RM60 bilion

Download Teks Penuh

Pakej rangsangan kedua yang sedang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak bernilai RM60 bilion.

Jumlah itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun, hingga 2010, jumlah besar "yang pertama dalam sejarah ekonomi negara."

Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai).

Jumlah RM60 bilion ini hampir 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Najib.

Beliau membentangkan pakej itu yang dikenali "bajet mini", bagi menampung bajet 2009 yang diumumkan tahun lalu, bermula jam 4 petang ini.

Berikut intipati pakej rangsangan kedua:

  • Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;
  • Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;
  • Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;
  • RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;
  • RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;
  • Kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;
  • RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;
  • RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;
  • RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar;
  • Subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung; *
  • RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol; *
  • Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program enyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;
  • RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan
  • meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak;
  • RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi embantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);
  • Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;
  • RM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;
  • Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;
  • Kerajaan mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;
  • Kerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;
  • Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan
  • Suruhanjaya Sekuriti;
  • Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;
  • Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;
  • Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori;
  • Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi;
  • Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;
  • Berkuatkuasa 1 Feb, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik;
  • Berkuatkuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun;
  • Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;
  • Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;
  • Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbang syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion;
  • RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang;
  • Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April;
  • Untuk pelaburan antara 10 Mac, 2009 dan 31 Dis, 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun;
  • Bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010;
  • Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.
  • RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong;
  • Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;
  • RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur;
  • Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awam-swasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu;
  • Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan;
  • Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan;
  • Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya;
  • Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing
  • Radio televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;
  • Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam kes-kes khusus.
(Sumber: Malaysia Kini)