Wednesday, February 25, 2009

Dalam Parlimen: Industri mesra alam

Soalan dalam Parlimen pada 24/2/2009 dan jawapan dari Kementerian berkenaan isu tenaga bentuk baru:

Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina industri mesra alam atau ‘green economy’ dan memberi insentif khas bagi menggalakkan perkembangan industri tersebut. Industri ini mempunyai potensi pasaran yang besar termasuklah antaranya industri bio-diesel, solar energy, wind turbines, renewable energy dan sebagainya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin atas soalan mengenai ‘green economy’ ataupun industri mesra alam.

Tuan Yang di-Pertua, industri mesra alam seperti industri bio-diesel dan tenaga boleh diperbaharui, renewable energy, dengan izin merupakan industri yang dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri berpotensi yang wajar diperkembangkan. Kerajaan telah mengumumkan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui sebagai sumber bahan api kelima di Malaysia selepas arang, minyak, gas asli dan hidro. Ia merangkumi tenaga yang boleh diperbaharui daripada biomass, solar, hidro mini dan bahan buangan kutipan sampah ataupun municipal waste. Tenaga yang boleh diperbaharui daripada biomass dan tenaga solar berpotensi menyumbang 90% tenaga yang boleh diperbaharui. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan juga telah melancarkan Small Renewable Energy Program pada tahun 2001 dan pada tahun 2006 pula kerajaan telah melancarkan Program Suria 1000 untuk menggiatkan penggunaan tenaga solar sebagai sumber alternatif.

Antara insentif-insentif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi mempromosikan industri mesra alam atau ‘green economy’ serta aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan alam sekitar adalah seperti berikut:-
(i) insentif cukai untuk penjimatan tenaga atau energy efficiency;
(ii) insentif cukai untuk penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui atau renewable energy;
(iii) insentif cukai bagi pengurangan gas rumah hijau;
(iv) insentif untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan NGV;
(v) insentif untuk penyimpanan, perawatan dan pelupusan sisa toksik yang berbahaya; dan
(vi) insentif untuk aktiviti kitar semula sisa.

Insentif-insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan ini antara lain adalah dalam bentuk taraf perintis, elaun cukai pelaburan, pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang dibeli. Insentif-insentif yang disediakan ini juga adalah berbeza mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan alam sekitar yang dijalankan.Kerajaan juga telah meluluskan insentif baru bagi mengembangkan industri mesra alam dan menambah baik insentif sedia ada untuk memperluaskan penggunaan tenaga dalam Bajet 2009. Antaranya adalah seperti:-

(i) insentif bagi kereta hibrid;
(ii) insentif bagi memperluaskan penggunaan peralatan penjimatan tenaga, dan
(iii) insentif bagi memperluaskan penggunaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti pengecualian duti import dan cukai jualan.

Itu sahaja. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Jamaludin Jarjis [Rompin]: Terima kasih Datuk Timbalan Menteri.

Seorang Ahli: Marang.

Jamaludin Mohd Jarjis [Rompin]: Ha kalau saya tahu Yang Berhormat Marang tadi, saya boleh bagi Yang Berhormat Marang dahulu sebab...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Jamaludin Jarjis [Rompin]: Saya menghormati Ketua PAS pun kamu tak setuju, apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya yang putuskan Yang Berhormat Rompin.

Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Apa ni. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada jawapan tadi. Akan tetapi sekarang kalau kita lihat daripada segi suasana kemelesetan ekonomi di dunia, banyak negara-negara merangsang ekonomi mereka bukan sahaja merangsang ekonomi yang biasa tetapi juga merangsang ekonomi baru ini, ekonomi yang berasaskan mesra alam ini.

Seperti di Amerika baru-baru ini Obama memperuntukkan 20 bilion duit Amerika untuk merangsang ekonomi mesra alam ini. Mungkin di Malaysia tidak ada lah kepentingan yang besar. Adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan mungkin bersama dengan MOSTI kepada kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri sebagai Menteri Kewangan dalam mengeluarkan dan mengetengahkan mini bajet untuk merangsang ekonomi kita?

Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu bentuk sumber kewangan? Ini disebabkan oleh dewasa ini kita tahu di Malaysia ada 5,000 saintis-saintis tempatan yang sepatutnya rakyat Malaysia berasa bangga dan mereka ini selalu mengeluh bahawa mereka tak ada pembiayaan kewangan, resource-resource mereka untuk membawa produk-produk yang boleh menjana eksport dan peluang pekerjaan. Adakah Yang Berhormat dan kementerian bercadang mengemukakan supaya mengadakan peruntukan untuk dana teroka branch capital? Ini kerana bank-bank biasa tidak mungkin hendak membiayai terutama sekarang ini, projek-projek mengkomersialkan hasil-hasil kajian 5,000 saintis tempatan di universiti kita di Malaysia. Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat di mana kerajaan baru Amerika Syarikat, Presiden Obama telah pun mengutamakan this green economy sebagai satu tujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan di Amerika, di mana negara mereka telah pun mengalami kemelesetan ekonomi. Inisiatif yang telah pun dilancarkan oleh Presiden Obama ialah dengan tujuan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat mereka yang pada
masa ini...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tak payah ulas banyak sangat Obama Yang Berhormat, negara kita dulu.

Datuk Liew Vui Keong: Ya. Jadi, cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Rompin akan diambil maklum dan saya akan cuba mengambil peluang bekerjasama dengan pihak MOSTI untuk meninjau cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Rompin. Sekian, terima kasih.


Umno Should Fight For All Races, Jamaludin Jarjis

New leaders emerging from the Umno party elections in March must carry out innovations and transformations in making the party as a champion for all races.

Umno Supreme Council (MT) member Datuk Jamaludin Jarjis said Umno should not only champion the cause of its members and the Malays but also those of the non-Malays.

"Umno must endeavour to fight not only for the Malays but also the non-Malays because Umno acts as the pillar for the Barisan Nasional (BN)," Jamaludin Mohd Jarjis told reporters after opening the delegates meeting of the Rompin Umno division, here today.

Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis, who is also the Rompin Umno division head, said changes were now taking place in Umno currently when the new generation of leaders were offering themselves to contest the top posts in the party.

However, Jamaludin Jarjis said the innovations must be filled with a new thinking culture so that Umno would receive the support of all races.

"We in the Rompin division will begin to make changes next year, when we have our meeting we will invite representatives from the MCA, MIC to observe because when we want to talk about protecting the Malay interests, we don't want to offend the non-Malays," Jamaluddin Jarjis said.

With this transformation, Datuk Jamaluddin Jarjis said Umno would have a new image and the non-Malays would have a positive perception concerning the party which would be reflected in the next general election.

Meanwhile, Jamaluddin Jarjis called on the top Umno leadership to create a cyber branch to enable the young generation who were travelling away from home to keep tabs on the local political developments.

Asked on the post that he would be contesting in the Umno election in March, Jamaludin Jarjis said he had yet to make a decision.

Source - BERNAMA

Sunday, February 22, 2009

Jamaludin Jarjis pulls out of Umno V-P race

KUALA LUMPUR: Former minister Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis has dropped out of the race for one of the three vice-president's posts in Umno.

He has instead decided to contest a seat in the party's supreme council, saying that he was confident he could still help bring changes to the party.

Explaining that it was a last-minute decision, Jamaludin Jarjis said he had never intended to run for vice-president in the first place.

"I had never offered myself for vice-president. It was the divisions which nominated me."

I wanted to listen to the grassroots but in the end I feel that as a regular supreme council member, I can still bring the changes that I want," Jamaludin Jarjis told the New Sunday Times.
Jamaludin Jarjis had not returned the acceptance form to Umno headquarters that would have confirmed him as a vice-president candidate in the party's polls next month. He instead filed a form to contest for one of the 25 seats in the supreme council.

Jamaludin Jarjis thanked the divisions that gave him the 20 nominations that qualified him to contest for vice-president and wished the eight other candidates luck.

"Umno must aspire to realise the dreams of all Malaysians and it is in a position to do that because of its role in Barisan Nasional.

"What is most important is that the delegates at the assembly choose the right mix of leaders who can bring these changes," Jamaludin Jarjis said.

His withdrawal was the major surprise as Umno closed its nomination process on Friday night as almost all leaders who garnered the requisite number of nominations confirmed their candidacies.

Another leader who declined to contest despite getting enough nominations was Penang Puteri Umno chief Azlina Mehtab Mohd Ishaq, who was given the thumbs-up by 10 Puteri divisions which wanted her to run for the movement's top post.

Contenders for Puteri Umno chief need only two division nominations to qualify.
Kimanis MP Datuk Anifah Aman also decided not to contest a seat in the supreme council despite getting 28 nominations.

Friday, February 20, 2009

Najib accepts nomination for Umno presidency

KUALA LUMPUR: Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak confirmed on Friday his candidacy for the post of Umno president in the party election next month.

Najib's candidacy forms were submitted by his Political Secretary, Datuk Shafei Abdullah, to Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor at about 4.20 pm at the Umno headquarters at the Putra World Trade Centre, here.

Also present was the Senior Private Secretary to the Deputy Prime Minister, Datuk Abdul Aziz Kasim.

Candidates eligible to contest for posts in the Umno Supreme Council (MT) and excos in the various Umno wings have up to Friday midnight to hand over their confirmation or rejection letters after the letters and forms were distributed on Jan 29.

"Although Datuk Seri Najib has no challenger (for the post of president), under the Umno constitution, Datuk Seri Najib must fill up the forms as proof that he is willing to accept the nominations from the divisions," said Tengku Adnan. In addition, Tengku Adnan said, candidates who were eligible to contest the posts of deputy president and vice-presidents had also submitted their acceptance forms.

So far, about 70 per cent of the candidacy forms that were given to the eligible candidates had been returned.

For the post of deputy president, it will be a three-cornered contest between International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, and Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

The three vice-presidents' posts are being contested by Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar, former Negeri Sembilan Menteri Besar Tan Sri Isa Abd Samad, Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, former Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Jamaludin Jarjis, and former Melaka Chief Minister Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Meanwhile, Datuk Kamilia Ibrahim, who won the post of Wanita Umno deputy uncontested when incumbent Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil decided not to defend her post, promised to discharge her responsibilities in the best manner possible.

Shahrizat had confirmed that she was not defending her Wanita post and as Umno Supreme Council member two days ago, saying that she would only contest the post of Wanita Umno head next month.

She will battle long-time Wanita chief Datuk Paduka Rafidah Aziz.
Kamilia, who is the Kuala Kangsar Wanita Umno head, thanked Shahrizat for giving way to her to become the Wanita Umno vicehead without contest.

"I promise to discharge my responsibilities as provided by the constitution," she told reporters before attending the Wanita Umno Exco meeting, here on Friday.
Source - Bernama

Thursday, February 19, 2009

Parti Pemerintah Kazakhstan Minat Tingkatkan Hubungan Dengan Umno

Parti pemerintah Kazakhstan, Otan, berminat untuk meningkatkan hubungan dengan Umno dalam pelbagai bidang, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin Jarjis berkata lawatan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev ke Malaysia baru-baru ini telah memupuk hubungan lebih erat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Otan tertarik dengan peranan Umno dalam memulihara keamanan dan kestabilan di Malaysia serta pembangunan negara keseluruhannya. Ia akan menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Umno malam ini," katanya.

Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bercakap kepada pemberita demikian selepas menerima kunjungan pemangku pengerusi Otan, Bakytzhan Zhumagulov, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

"Zhumagulov berada di sini untuk menyaksikan perasmian perhimpunan agung Umno esok serta mempelajari bagaimana Umno menganjurkan acara penting seumpama ini," katanya.

Jamaludin Jarjis berkata Kazakhstan juga berminat untuk belajar daripada pengalaman Malaysia dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

"Saya akan melawat Kazakhstan tahun depan untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama ICT kedua-dua negara," kata Jamaludin Mohd Jarjis.

Sebelum itu, Malaysia akan menghantar satu rombongan teknikal ke Kazakhstan tahun depan untuk membina kerjasama dalam penyelidikan kejuruteraan, katanya.

Monday, February 16, 2009

UMNO perlu buat anjakan - Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis

BAGI bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Seri Jamaluddin Jarjis, pengguguran dari Kabinet memberikannya banyak hikmah dan pengajaran, oleh itu Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjislebih banyak mengamalkan sikap low profile.

Namun ahli UMNO tetap mengingati Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis sebagai seorang pemimpin yang tidak harus diketepikan begitu sahaja, justeru ketika mesyuarat-mesyuarat bahagian, mereka memilih Jamaludin Jarjis sebagai salah seorang calon yang akan merebut kerusi Naib Presiden pada pemilihan Mac nanti.

Bagi Jamaluddin Jarjis, beliau tidaklah begitu ghairah untuk merebut jawatan, apa yang lebih penting ialah memperkukuhkan kembali UMNO untuk memastikan parti itu mendapat semula sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, Dato' Seri Jamaludin Jarjis yang juga Ahli Parlimen Rompin lebih banyak mengetengahkan pandangan bagaimana UMNO harus mengatur strategi bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pembangkang. Malah Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis juga berpendapat, kaedah memberi penerangan yang dilakukan oleh UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan sekarang harus diubah selari dengan perkembangan teknologi maklumat. Apa tah lagi kata beliau, dengan kewujudan hampir 2 juta pengundi baru yang terdiri daripada generasi muda pada pilihan raya umum akan datang, penjelasan yang tepat perlu dilaksanakan supaya usaha ‘menghitamkan’ track record UMNO dalam membela kaum di negara ini yang sedang dilakukan oleh pembangkang mampu digagalkan.

Dalam pertemuan itu juga, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis turut mengulas mengenai maksud hak keistimewaan dan ketuanan Melayu. Bagi beliau, kedua-dua istilah itu telah disalahtafsirkan sehingga memungkinkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan bukan Melayu.

Mingguan: Sebagai calon Naib Presiden, bagaimanakah Datuk Seri melihat pemilihan UMNO kali ini?

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Bagi saya pemilihan kali ini amat bersejarah kepada UMNO. Ini kerana parti itu akan menentukan barisan kepimpinannya selepas UMNO dan BN dikatakan menerima 'isyarat lampu kuning' atau wake up call daripada rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Isyarat ini tidak harus dipinggirkan oleh UMNO kerana rakyat sudah memberikan mesej yang jelas sehingga BN tewas di lima negeri. Justeru apabila UMNO mengadakan perhimpunan agungnya kali ini mereka tidak harus lupa kepada isyarat berkenaan dan memilih satu pasukan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO. Saya yakin jika mesej rakyat itu difahami, UMNO yang akan berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak nanti akan dapat meraih sokongan rakyat dan menguasai semula majoriti dua pertiga di Parlimen.

Selain itu, saya juga melihat pemilihan kali ini sebagai satu anjakan sejarah selepas kita menempuh kemerdekaan. Ini kerana UMNO dan negara akan dipimpin oleh seorang anak kepada salah seorang tokoh yang telah memerdekakan negara kita.

Apakah dalam pemilihan nanti UMNO akan mampu mewujudkan satu barisan kepimpinan yang diharapkan?

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis: Saya percaya ahli-ahli UMNO menyedari perkara ini terutamanya mengenai transisi teraju kepimpinan negara. Sebab itulah di peringkat bahagian-bahagian berlaku transformasi di mana banyak pemimpin-pemimpin bahagian terdiri daripada generasi muda. Ini bererti UMNO sudah membuat pembetulan di peringkat bawah dan kebanyakan ketua-ketua bahagian kini terdiri daripada mereka yang berada dalam satu generasi bersama Najib. Ini adalah petanda yang baik kerana apabila sudah terbentuk pemimpin baru maka mereka juga perlu melakukan perubahan dari segi pendekatan dan anjakan. Langkah ini penting untuk memastikan UMNO bersama-sama dengan rakan dalam BN terus berkuasa.

Apakah perubahan yang dilakukan itu akan mengambil kira kewujudan 2 juta pengundi baru yang terdiri daripada generasi muda?

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis: Fakta inilah yang harus menjadi perkiraan kerana semakin banyak pengundi baru, maka sudah semestinya kita perlu membuat perubahan. Kita berterima kasih kepada pimpinan yang terdahulu bermula daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad hinggalah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini kerana mereka sudah banyak melakukan jasa sehingga berjaya membawa Malaysia keluar daripada kelompok negara-negara miskin seperti mana kita lihat berlaku di benua Afrika.

Namun demikian walaupun kita berjaya tetapi anak muda mahu bukan sahaja kita lebih baik dari negara di benua berkenaan tetapi Malaysia berada sama taraf dengan negara lain yang cemerlang dan gemilang. Untuk itu mereka akan berkata kenapa tidak kita menjadi sebuah negara maju seperti Korea, China dan Amerika Syarikat (AS). Dalam soal ini, UMNO sebagai tulang belakang BN harus membuat anjakan dan perubahan bagi memperjuangkan bukan sahaja nasib orang Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini.

Tetapi masalahnya sudah ada dakwaan bahawa UMNO hanya membela Melayu sehingga ia turut mempengaruhi keputusan pilihan raya lalu?

Jamaluddin Jarjis: Saya tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian. UMNO mempunyai track record yang menunjukkan ia adalah sebuah parti yang membela semua kaum. Kalau kita kaji, UMNO sebenarnya boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian tanpa bantuan mana-mana parti ketika pilihan raya pertama selepas merdeka. Tetapi UMNO memilih untuk menuntut kemerdekaan bersama-sama MCA yang mewakili kaum Cina dan MIC yang mewakili kaum India. Keadaan itu telah membolehkan UMNO dilihat oleh kaum lain turut membela nasib mereka.

Semua sejarah dan track record ini harus diperjelaskan kepada generasi muda bukan Melayu dengan lebih mendalam. Mereka mungkin tidak mengetahui perkara ini tetapi bapa-bapa mereka memahaminya kerana tanpa jasa UMNO mereka tidak akan menjadi rakyat Malaysia.Kalaulah kepada bapa mereka yang bukan warganegara UMNO boleh bertindak adil, apatah lagi kepada mereka yang sah-sah adalah warganegara Malaysia. Oleh itu tidak timbul soal UMNO tidak adil kepada mereka sebab kita sama-sama warganegara.

Saya berpendapat, adalah sesuatu yang merbahaya jika api perkauman terus ditiupkan melalui penyebaran dakyah kononnya UMNO tidak akan adil kepada bukan Melayu. Sepatutnya soal ini tidak ditimbulkan kerana hak bukan Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti bahasa, agama dan budaya mereka. Oleh itu UMNO perlu mengambil satu strategi komunikasi termasuk menggunakan teknologi terkini untuk memperjelaskan kepada golongan berkenaan agar tidak termakan dengan hasutan dan racun-racun yang dibawa oleh pembangkang seperti mana kita lihat dalam pilihan raya lalu.

Bagaimanakah UMNO hendak menangkis serangan pembangkang tersebut kerana isu perkauman acap kali menjadi modal politik?

Jamaludin Jarjis: UMNO harus tegas dalam menyatakan pendirian bahawa parti itu membela semua kaum. Sebagai warganegara Malaysia kita ibarat 'cubit paha kanan paha kiri terasa juga', bermakna kalaulah orang Melayu susah, sewajarnya UMNO bela dan apabila orang bukan Melayu susah sudah menjadi kewajipan UMNO membela mereka. Saya yakin di bawah kepimpinan baru nanti, Najib akan melihat kesusahan semua kaum di negara ini harus dibela.Kita perlu memahami bahawa formula memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu sudah berjaya meletakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, oleh itu formula berkenaan perlu diteruskan. Ia adalah satu formula yang boleh menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara dengan memastikan keadilan kepada semua kaum.

Oleh itu berdasarkan formula berkenaan dakwaan pembangkang bahawa UMNO hanya dilihat membela Melayu atau orang UMNO sahaja adalah tidak benar. Bagi membolehkan kita terus maju bagi tempoh 50 tahun akan datang, kepimpinan negara yang baru sudah pasti akan meneruskan dan memperkukuhkan formula tersebut.

Adakah ini bermaksud bahawa UMNO perlu meneruskan usaha membela kaum lain tanpa meminggirkan hak keistimewaan orang Melayu?

Dato' Seri Jamaludin Jarjis: Dalam soal mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu ini, saya percaya jika kita berjaya memberi jaminan kepada kaum lain bahawa UMNO tetap membela nasib mereka, saya yakin rakyat tidak akan termakan dengan hasutan pembangkang. Ini kerana UMNO ada track record membela semua kaum.

Atas sebab itulah saya mengajak semua bahagian-bahagian UMNO melakukan anjakan dalam soal menjalin hubungan dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, selain mengadakan majlis sumbangan pada hari raya kepada anak-anak yatim Melayu, apa salahnya jika ketika sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali atau perayaan kaum lain kita juga turut mengadakan majlis memberi sumbangan kepada anak-anak yatim kaum berkenaan.

Semua ini saya lakukan di bahagian Rompin yang saya menjadi ketuanya. Kita berbuat demikian untuk menunjukkan keprihatinan dan membuktikan bahawa UMNO bukan sekadar membela orang Melayu. Malah kalau kita kaji dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), istilah membasmi kemiskinan bukannya eksklusif kepada orang Melayu sahaja malah ia kepada semua kaum.Justeru kaum bukan Melayu harus diberi pemahaman dengan sejelas-jelasnya bahawa UMNO tidak hanya membela orang Melayu, kalau mereka hendak berbuat demikian buat apa kita hendak bagi kerakyatan kepada kaum lain ketika awal-awal kemerdekaan dahulu?

Kenapa isu perkauman terus dimainkan biarpun orang tahu ia sesuatu yang berbahaya kepada negara?

Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis: Ini mungkin kerana mereka memahami bahawa pengundi baru terdiri daripada generasi muda yang tidak tahu sejarah negara. Oleh itu mereka cuba menghitamkan jasa-jasa UMNO dalam sejarah yang menunjukkan kita membela semua kaum. Ini adalah strategi pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan bagi berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.Untuk itu kita harus mengambil langkah menerangkan kedudukan sebenar kepada generasi muda. Bagaimanapun pendekatan yang digunakan bagi mendekati golongan berkenaan harus berbeza. Kita tidak boleh lagi menggunakan kaedah seperti berceramah di balai raya kampung-kampung.

Sebaliknya, perkembangan teknologi maklumat sekarang harus digunakan semaksimum mungkin dalam kita menyampaikan maklumat kepada generasi tersebut terutama melalui internet. Kita tidak boleh lagi berharap penjelasan kerajaan hanya akan disiarkan pada pukul 8 malam melalui berita perdana sama ada oleh RTM mahupun TV3.

Apa yang harus diingat kita berhadapan dengan golongan muda yang tidak mahu menunggu lama bagi mengetahui perkembangan terkini yang berlaku dalam negara. Justeru penggunaan internet dengan menyebarkan berita terkini melalui laman-laman web amat penting. Ini kerana generasi muda mahu mengetahui berita semasa sepanjang 24 jam, oleh itu kalau UMNO tidak menggunakan kaedah baru ini, ia akan diambil kesempatan oleh pembangkang yang sudah pasti akan menggunakannya seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum lepas.

Dalam soal penyebaran maklumat ini, perubahan pendekatan bukan sahaja harus dilakukan di peringkat parti, malah agensi-agensi kerajaan juga perlu melakukan perubahan. Ertinya, mereka tidak boleh hanya bergantung kepada siaran berita di televisyen sahaja, sebaliknya perlu mempunyai laman web sendiri, maknanya infrastruktur dalam kerajaan dan prasarana dalam parti harus berubah berikutan cabaran-cabaran baru ini. Saya yakin jika perubahan ini dilaksanakan dan berdasarkan kepada kepimpinan baru yang bakal kita miliki, insya-Allah kita bersedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam isu kaum juga, soal hak keistimewaan orang Melayu turut dipertikaikan, apa pandangan Datuk Seri?

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Saya melihat dalam Perlembagaan, kadang-kadang konsep keistimewaan Melayu disalahtafsir. Ia bermaksud kononnya Melayu diberi keistimewaan kerana warnanya. Ini adalah satu tafsiran yang salah. Hakikatnya semasa kita menggubal Perlembagaan dahulu, Melayu pada masa itu amat terbelakang dalam bidang ekonomi, golongan yang maju ketika itu ialah kaum lain, untuk itu satu persefahaman dicapai bahawa orang Melayu diberikan bantuan, ertinya mereka dibantu kerana mereka ketinggalan dalam ekonomi. Saya nampak perkara ini sudah diputuskan tetapi jangan lupa bahawa kalau yang susah itu juga adalah kaum bukan Melayu, sudah pasti kerajaan akan turut membela mereka. Contohnya membasmi kemiskinan, ia dilakukan tanpa mengira kaum, begitu juga pinjaman oleh bank industri kecil dan sederhana, ia bukan sahaja menolong usahawan Melayu malah usahawan kaum lain juga dibantu.

Kita perlu menjelaskan kepada orang ramai bahawa hak masing-masing terpelihara dan tidak wajar jika kaum-kaum lain membangkitkan isu hak keistimewaan Melayu kerana politik. Orang Melayu juga perlu memaklumkan kepada bukan Melayu bahawa Melayu dibela kerana mereka ketinggalan. Contohnya, ukur rata pendapatan kaum Cina ialah lebih RM4,000 sebulan sedangkan orang Melayu hanya RM2,000 sebulan, ini bermakna orang Melayu perlu dibela, itulah yang dimaksudkan keistimewaan dalam Perlembagaan.

Begitu juga dalam isu ketuanan Melayu, ia bukan bermaksud kita mahu kaum lain memanggil kita 'tuan' seperti mana orang Inggeris lakukan kepada orang Melayu dahulu. Istilah ketuanan Melayu tidak boleh dilihat dalam konteks tersebut. Apa yang kita maksudkan ialah di Malaysia ini, induknya orang Melayu dan ia negara orang Melayu yang sudah merdeka tetapi kita menghargai sumbangan kaum- kaum lain yang datang ke Malaysia dan membangunkan negara ini. Berdasarkan kepada faktor itulah kita berikan kewarganegaraan kepada mereka tetapi oleh kerana orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam negaranya sendiri maka mereka harus dibela.

Tidakkah masalah generasi muda tidak tahu sejarah ini boleh memberi ancaman kepada UMNO?

Jamaluddin Jarjis: Dalam menghadapi keadaan ini UMNO harus bijak menjelaskan isu kepada anak muda bahawa apa juga yang dihujahkan oleh pembangkang mengenai kerajaan dan BN, semua itu hanya bermotifkan politik. Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan generasi muda ini, saya yakin dalam hati, mereka sayangkan negara. Jangan sesekali apabila mereka mempersoalkan t sesuatu perkara kita mempertikaikan pula kesetiaan mereka, tidak wajar untuk kita berbuat demikian.

Sebaliknya kita harus mengambil perhatian dan berusaha menangkis serangan pembangkang yang memainkan kad perkauman itu bagi menghakis sokongan kepada BN dan UMNO. Kita perlu berhati-hati dan menjelaskan kepada mereka. Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran apabila kita tidak berhati-hati dalam berhadapan dengan dakwaan pembangkang bahawa UMNO hanya membela orang Melayu. Ketika itu kita menganggap bahawa orang tidak akan percaya kepada dakwaan pembangkang tetapi hakikatnya dakyah mereka berjaya mempengaruhi golongan muda. Saya berpendapat apa yang akan kita hadapi selepas ini ialah peperangan minda dan terserah kepada UMNO sebagai ahli yang mempunyai ramai ahli dan track record mengendalikan keadaan.

Dalam usaha memberi penjelasan mengenai hak orang Melayu, UMNO juga berhadapan dengan pemimpin Melayu yang bersekutu dengan pembangkang?

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis: Saya lihat pembangkang hanya mahu berkuasa, oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ini jelas apabila berjumpa dengan masyarakat Cina mereka dakwa DEB tidak perlu dan bila berjumpa orang Melayu pula mereka kata tetap akan mempertahankan hak Melayu di bawah Perlembagaan. Sebagai pembangkang, mereka boleh kata apa pun tetapi sebagai kerajaan, kita tidak boleh berbuat demikian. Kerajaan tidak boleh mengamalkan sikap berkata sesuatu yang berlainan apabila berjumpa dengan mana-mana kaum.

Sebenarnya inilah strategi pembangkang kerana mereka tahu sebagai pembangkang mereka boleh berkata apa sahaja. Justeru dalam menghadapi masalah ini, UMNO dan BN perlu mempunyai strategi yang bijak. Ia termasuklah membuktikan kepada rakyat bahawa setiap langkah yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Sebagai contoh, baru-baru ini kita menambah peruntukan sebanyak RM7 bilion untuk merangsangkan ekonomi, pembangkang kata sepatutnya itu tidak perlu dilakukan, tetapi dunia mengiktiraf formula itu. Tetapi apa yang anehnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyokong langkah rangsangan berkenaan dan mahu ia ditambah kepada RM40 bilion. Maknanya kita kena beritahu orang ramai bahawa jangan terpengaruh dengan pembangkang yang berdolak-dalih demi politik mereka.

Selain itu, UMNO juga sudah ada track record dan dengan kepimpinan yang baru nanti ia boleh melakukan anjakan untuk memastikan impian melihat Malaysia maju pada tahun 2020 menjadi kenyataan. Apa yang perlu diingat latar belakang ekonomi orang Melayu masih lemah dan rapuh, ia berbeza dengan kaum Cina yang sememangnya berasal daripada golongan perniagaan, sebab itu saya tidak suka kepada istilah 'ketuanan' ini kerana kita tolong Melayu bukan kerana dia Melayu tetapi kerana mereka harus dibela.Tetapi sama ada orang Melayu itu akan berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kegigihan mereka untuk berusaha.

Dan semestinya UMNO akan turut membela kaum lain yang memerlukan pembelaan kerana sejarah menunjukkan ia adalah parti yang adil kepada semua kaum.

Sunday, February 15, 2009

Dato' Seri Jamaluddin Want A Smooth And Fair Party Polls


To Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, delegates to the Umno general assembly and elections next month will not merely choose new party leaders but a new team who will strive to fulfil the future aspirations of the Malays and Malaysians as a whole.

Jamaludin Jarjis, the Umno supreme council member and former minister, believes in the maturity of the delegates.

They will choose not just party leaders but a highly competent team to manage and rejuvenate the party, Jamaludin added.

Likening the Umno leadership as a football team, Jamaluddin Jarjis said the party has already identified the captain -- Datuk Seri Najib Razak, who will succeed Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as party president next month.

"The delegates will now choose the other players in his team -- the strikers, defenders and goalkeeper."

Dato Seri Jamaluddin Jarjis, who will contest the vice-president's post, said he is looking forward to a smooth and fair party polls.

"The candidates have not formed teams, such as the Wawasan Team that we had at one time. There has been no negative incidents or elements such as slander in the run-up to the elections.

"This reflects a higher level of maturity within Umno and augurs well for the quality and personalities of the candidates.

"Rightly so, because Umno is being scrutinised by not only the members but also the rakyat.

"I believe that win or lose, we have to continue to work and contribute to the party."

On the negative perception that money politics is still alive in Umno, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis said a proper management of party elections is necessary.

"That is also why it's been proposed that deputy president, vice-presidents and supreme council members be chosen by not just the 13 delegates from each Umno division, but by delegates at the branch level."

Wednesday, February 11, 2009

Pertanyaan Dewan Rakyat - 23 Oktober 2008

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat daripada Rompin. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, saya rasa dah empat lima penggal dalam Parlimen. Saya nak tanya, tadi saya tertarik dengan apa yang disebut tentang perubahan kuasa yang diuar-uarkan oleh Pembangkang. Saya nak tanya once and for all supaya dapat kita rekodkan dalam Dewan yang mulia ini.

Apakah sebab dan asas yang dapat memberi keyakinan kepada Ketua Pembangkang pada satu ketika dahulu yang memberi keyakinan bahawa beliau boleh berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 September kerana rakyat di kawasan saya semua tanya saya pasal benda yang sama dan akhirnya perkara itu tidak jadi.

Tidak jadi pada 16 September, tidak jadi pada 13 Oktober dan katanya ada tarikh baru pula. Saya nak tanya pendapat Yang Berhormat daripada Rompin, apakah sebabnya. Adakah ini satu fatamorgana, adakah ini satu pembohongan yang besar, adakah ini satu mitos ataupun adakah pemikiran beliau sudah tidak begitu waras lagi. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Tentang apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, saya akan sentuh kemudian tentang helikopter. Apa yang dikatakan rakan saya di belakang, Yang Berhormat Rembau tadi saya akan ulas selepas ini lagi, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan tadi yang berani cakap menghentam dan mengkritik Perdana Menteri ada satu dua saja sebab itu ada arahan mungkin tumpuan itu hanya kepada Yang Berhormat Pekan supaya mewujudkan satu suasana orang ramai tidak yakin kepada bakal Presiden dan Perdana Menteri kita akan datang. Ini saya nampak tumpuan yang kita nampak kalau dalam lima jam lebih ucapan Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia amat prihatin serta bijaksana menilai ini semua sama ada dalam perbahasan bajet dalam Pembangkang. Ada juga yang baik tapi ada juga yang tumpuan pada politik dan ada juga dalam kaedah-kaedah yang lain, dunia siber. Adalah tumpuan selepas pilihan raya yang kedua terus menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Dunia siber sebagai contoh, begitu juga dan juga keyakinan yang peralihan kuasa akan berjalan dengan baik. Terakhir dalam Malaysia Kini kononnya Yang Berhormat Pekan ada manifesto. Dah kita tahu dah baru nak minta maaf. Dalam perbahasan bajet ini tumpuannya hanya tiga isu, pembelian Bank Indonesia, helikopter dan…

Semuanya tumpuan kepada yang di bawah Yang Berhormat Pekan. Tak ada langsung kerana dia dah nampak dah alih tumpuan oleh Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, pembelian bank mungkin akan dijawab oleh kerajaan nanti tapi saya difahamkan pembelian mengikut tender. Tentang helikopter, saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, beliau mencadangkan dan Kabinet bersetuju akan dibincangkan dalam PAC. Tunggulah PAC, wakil kita ada semua dalam PAC. Kemudian jalur lebar.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]
Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Saya habis dulu, saya bagi lepas ini. Kemudian jalur lebar yang sebenarnya, ini semua juga diputar belitkan kenyataan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bukan bagi projek RM11.3 bilion kepada Telekom, tidak. Ini kadangkadang dia lupa dah masa dia di Kementerian Kewangan, bila dia di belah sana dia lupa dah apa
yang dia tahu.

Yang sebenarnya diberi hak kepada Telekom untuk membina satu rangkaian jalur lebar, bukan diberi kontrak. Tetapi oleh keranalah dia punya return of investment dengan izin, memakan masa yang panjang, risiko yang tinggi, kerajaan memberi hanya subsidi RM2.4 bilion untuk mengurangkan risiko, itu sahaja. Kontrak belum diputuskan lagi, Telekom sewajarnya sebagai GLC kerajaan perlu rujuk, ada peraturan-peraturan perolehannya dan yang besar saya sungguh yakin akan rujuk kepada Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat Permatang Pauh takkan dia tak tahu, dia di sana dahulu. Sebab itu saya nampak bahawa ini semuanya politik sahaja lepas itu saya nak kembali kepada soalan Yang Berhormat Rembau, 16 September datang dan pergi seperti Yang Berhormat Rembau kata tadi mungkin ada tarikh baru tapi yang sesuai mengapa tidak dilupakan tarikh-tarikh, tunggu 2012.

Yang sekarang ini patut tumpu kepada kerja kita untuk membela rakyat tetapi saya dapati banyak pemerhati politik tempatan mengatakan mengapa ia gagal. Ia gagal hanya dua parti saja menyokong, PKR dan DAP. PAS orang kata 50-50. DAP memanglah, sepanjang hayat hidup Yang Berhormat Ipoh Timur memang nak jatuhkan BN seperti ….. jatuhkan Perikatan. PKR kita tahulah mengapa, ada juga orang dalam dunia siber mengatakan itu juga merupakan impian sehayat beliau.

Saya baca petikan dalam internet tapi dia buat silap sikit masa dalam Barisan Nasional, itulah terpelanting ke sebelah sini. Ha itu saya tengah baca dalam internet, petang-petang, malam-malam baca internet.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan di sini Yang Berhormat Permatang Pauh ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ringkas, ringkas. Soal saja Yang Berhormat. Ringkas, ringkas.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh apabila Perdana Menteri membentangkan bajet, dia mengatakan Perdana Menteri gementar. Maka yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah sebenarnya Pembangkang yang menjadi gementar sebab itulah mereka menujukan segala tekanan, tuduhan kepada Yang Berhormat Pekan dalam beberapa banyak isu dan hari ini mereka tinggal tujuh orang saja di dalam Dewan ini.

Kononnya untuk membentangkan bajet alternatif tapi tujuh orang ini tak berminat. Jadi, saya fikir mereka akan gementar dan sepatutnya kalau nak bentang pun bajet alternatif, janganlah pilih waktu perbahasan. Ini nampak mereka tidak serius, ini menunjukkan mereka sebenarnya gementar. Patut carilah hari lain kalau nak membentangkan bajet alternatif.

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Kalau nak bentang, bentang dalam Dewanlah. Bentang luar Dewan buat apa. Setuju pandangan Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya nak habiskan sikit lepas itu saya bagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang sama, yang sama.

Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Saya nak habis dulu sebab saya nak jaga juga masa saya, lepas itu saya bagi kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Insya-Allah saya janji saya bagi. Saya ini tak tahu Yang Berhormat Kuala Kedah PKR ke PAS?
Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: PKR.

Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ha? PKR? Atau dipinjamkan daripada PAS ke PKR? [Ketawa] Pihak PAS Tuan Yang di-Pertua, dia ada dua group, dua kumpulan.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Hai cakap pasal BN sudahlah, pasal PAS pasal apa?

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Apa pula ini? Hak sayalah. Bagi Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat cakaplah. Kita ini ada hak kita masing-masing sebab saya dalam Rompin, saya ada wakil PAS. Banyak PAS sokong saya. Sebab itu saya nak bercakap pasal pihak dia ini. Kebimbangan pengundi-pengundi saya, PAS Rompin. Itu saya nak bercakap sikit.

PAS bimbang kerana Tuan Yang di-Pertua, PAS ada dua group. Separuh sokong separuh tidak, mengapa? Pihak Adogan, ha ini betul ke saya kata Adogan ini? Adogen ke Adogan? PAS yang diketuai oleh kawan dulu pun Ahli Parlimen ….., nama ini diambil pimpinan Taib Adogan daripada Turki, menyokong kuat agenda PKR.

Puak ini entah macam mana pandaipandai pujuk Ustaz Nik Aziz dia bagi simbol ketua mereka tapi satu lagi puak tulen PAS, satu pihak Adogan tak tulen, ala Turki. Yang pihak yang tulen ini yang diketuai Mustapha (Dato’ Mustafa Ali) tidak bersetuju.

Saya nak tunjuk surat khabar. Ini bukan surat khabar UMNO ini, Harakah. “September 16 gagal”. Mustapha kata, bukan pemimpin UMNO. Saya baca Harakah. Sekarang kita bagi Harakah tak macam dulu. Kita hormati kebebasan berakhbar, kita bagi. Saya baca. Ini bukan Utusan Malaysia ke BERNAMA.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk] Takkan Harakah bohong.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ha, bukan Harakah bohong. Kalau dia UMNO dia bohonglah tapi dia tak bohong.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: [Bangun]
Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Duduklah dulu, duduk dululah. Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha ini tak bersetuju.

Puak ini disokong dan simbolnya Presiden PAS. Sehingga PAS kata bahawa 16 September ini ‘angan-angan Mat Jenin’. Ini bukan kenyataan pemimpin UMNO.

Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Yang Berhormat Rompin, minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Nantilah dulu, saya tidak habis lagi. Nanti saya habis saya bagilah. Tunggulah dulu.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Bagilah sekali. Sikit saja.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Tunggulah dulu. Habiskan dulu baru saya bagi.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Sikit saja.
Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Ini hak saya. Duduk dulu.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Betullah. Hendak sokong. Hendak sokong.
Jamaludin Jarjis [Rompin]: Apa ini. Saya hendak habiskan dulu, nanti saya bagilah.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah? Saya hendak sokong Yang Berhormat Rompin.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Lailahaillallahlah Muhammadur Rasulullah.
Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Minta sikit. Laluan.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Astaghfirullahlahal azim! Hendak saya bacakan hadiskah supaya ikut… Nanti saya habiskan dulu.

Pihak tulen PAS yang diketuai Mustapha Ali tidak bersetuju. Ini buat statement 16, yang tidak bersetuju sehingga beliau kata, Datuk Haji Hadi ke …ketua PAS kata, “Ini angan-angan Mat Jenin”. Kerana apa? PAS tidak boleh menerima PKR dalam Pakatan kerana perbezaan pendapat isu negara Islam dan sekular ini antara ‘ayah’ ini… Apa ini, bukan Jelutong… Gelugur. Bukit Gelugur berentap ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Dia ini, Shah Alam tidak tahulah. Ini bukan kumpulan tulen ini, kumpulan adogan ini. Walhal Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia sekalian, ini bukan saya kata, ini Yang Berhormat Marang mengulangi mengatakan bahawa. Ini Hadi mengatakan … Nanti salah sebut marah dia pula. Yang Berhormat Marang kata dia tidak pernah mengiktiraf Permatang Pauh sebagai calon Perdana Menteri, betul atau tidak?

Betul! Ini PAS, surat khabar Harakah. Takkanlah bohong! Dia mungkin bohong tentang UMNO tetapi takkan bohong tentang PAS. Yang itu yang saya hendak jawab tadi. [Memandangkan ke arah Yang Berhormat Rembau]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, pandang ke sini Yang Berhormat.

Dato' Seri Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Tak tahu nama. Frame besar tidak ada. [Disampuk] Rembau. Ini bagi menjawab Yang Berhormat Rembau mengapa September 16 itu gagal. Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Menyampuk]
Jamaluddin Jarjis [Rompin]: Sikit. Sikit. Saya hendak berikan yang di belakang dulu. Saya hendak tentukan tajuk, nanti saya bagi balik. Asas perbalahan ini bermula daripada pengagihan kerusi, ada sejarahnya.

Asas perbalahan bermula daripada pengagihan kerusi antara PAS dan PKR di mana banyak berbahasan antara Mustapha tidak bersetuju dengan PKR. Saya baca ini di dalam internet. Dia kata walhal ada juga calon PKR dia pinjam daripada PAS. Kerusi itu PAS tidak bersetuju, PAS hendak dan PKR pun hendak. Okey, engkau ambil tetapi ambil calon aku.

Ini saya difahamkan Yang Berhormat Machang ahli PAS tetapi bertanding di bawah PKR, betul atau tidak? Ha, tidak berani kata tidak betul! Yang Berhormat Baling tok Imam dahulu, mesti dia tidak berani bangun sebab perkara betul.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah beri laluan ke?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya bagi Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah beri laluan ke? Hendak jawab.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis [Rompin]: Tidak saya bagi Yang Berhormat Jerai sebab Yang Berhormat Jerai minta dulu.

Tuan Mohd. Firdaus Ja’afar [Jerai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rompin bercakap berkaitan dengan rumah orang lain. Yang Berhormat Rompin tidak faham. Kita tengok pelan di luar sahaja. Yang Berhormat Rompin masuk PASlah, insya-Allah. [Ketawa]

Dato' Seri Jamaludin Jarjis [Rompin]: Terima kasihlah. Sekurang-kurangnya ada bagi insurans politik kepada saya. [Ketawa]

Sumber: Teks Ucapan JJ di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2008